smart Malaysia memperkenalkan Program Rujukan ‘Refer & Reward’, yang membolehkan pemilik merujuk rakan dan ahli keluarga untuk menyertai komuniti smart dan menikmati faedah eksklusif dengan mudah melalui aplikasi Hello smart.
Program ini memberikan insentif kepada pemilik smart sedia ada untuk berkongsi minat mereka terhadap kenderaan smart bersama orang lain.
Dengan smart #1, yang direka dengan teliti oleh Mercedes-Benz dan berasaskan pelantar Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA), pemilik dapat mengalami pemanduan elektrik yang menyeronokkan lengkap dengan ciri ADAS yang canggih.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, pihaknya berhasrat untuk mewujudkan komuniti smart di mana ahli merasa dihargai dan terhubung.
Di bawah program ini, pemilik smart berpeluang mendapat ganjaran hebat untuk penyertaan mereka. Bagi setiap sesi pandu uji yang berjaya diatur melalui rujukan, perujuk akan menerima 5,000 Mata smart, bersamaan dengan RM50.
Ganjaran meningkat selepas pendaftaran kereta yang berjaya, dengan perujuk memperoleh 50,000 Mata smart, bersamaan dengan RM500.
Pemilik kenderaan smart sedia ada yang membeli kenderaan elektrik baharu akan diberikan 100,000 Mata smart, bersamaan dengan RM1,000.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pemilik boleh menggunakan Mata ganjaran smart mereka yang akan dikreditkan ke akaun untuk membayar caj pengecasan secara langsung dalam aplikasi Hello smart.
Dengan kemas kini yang akan datang, mata ganjaran juga boleh digunakan untuk membeli data internet dalam kereta dan barangan rasmi smart yang menawarkan kepelbagaian dan memaksimumkan nilai mata smart.
Selain itu, smart Malaysia berazam untuk menganjurkan lebih banyak acara, dengan pemberi rujukan menerima jemputan ekslusif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk terma & syarat di SINI.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI