ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panel Proton sahkan S70 varian Flagship X tular ada 83 masalah – Kerja pembaikan ambil masa dua minggu, pemilik diberi kereta ganti sementara X90 Flagship

Tular

Views

Ini adalah perkembangan mutakhir berkenaan isu seorang pemilik Proton S70 varian Flagship X berwarna Space Grey bernama Ku Azhar yang tular baru-baru ini berikutan keretanya mempunyai 73 masalah.

Menurut rakan media di Motoqar.com, pada 17 Mac (semalam) tiga panel dari Proton telah datang berjumpa pemilik dan mengesahkan ada sebanyak 83 masalah yang akan diperiksa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kata Ku Azhar kepada Motoqar, keretanya telah pun selamat ditunda ke ibu pejabat di Shah Alam, dan isu telah meningkat kepada 83 selepas pihak panel mengesan ada satu lagi kecacatan (defect) kosmetik

Dia juga menyatakan pihak Proton telah memberikan kenderaan ganti X90 Flagship sementara kenderaanya siap dibaiki.

Ku Azhar berkata, berdasarkan aplikasi Proton kenderaannya sudah mula dibaiki sejak pagi semalam dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi, iaitu pada 26 April.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah Ku Azhar, dia telah menghubungi CRM semalam, namun mereka menyatakan agak sukar untuk mendapatkan pertukaran kereta baharu kerana ia bergantung kepada pihak pengurusan.

Sekiranya pihak pengurusan meluluskan pertukaran dokumentasi, ia hanya mengambil masa minimum lima hari bekerja dan maksimum 10 hari bekerja. Namun segalanya terpulang kepada mereka sama ada mahu menukarnya ataupun tidak.

Bagaimanapun, Ku Azhar bersyukur kerana isu tersebut telah mendapat liputan media dan maklum balas dari pihak Proton dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ku Azhar

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply