ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia tawar diskaun 30 peratus bagi kadar bayaran pengecasan awam seluruh negara

Berita Tempatan

Views

Sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, smart Malaysia menawarkan diskaun eksklusif 30 peratus ke atas kadar bayaran pengecasan awam untuk pemilik kereta smart, khas untuk pembayaran melalui aplikasi Hello smart.

Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama erat dengan Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) melalui integrasi sistem dalam talian.

Promosi yang bermula dari 6 hingga 14 April bakal menjadikan perjalanan ‘Balik Kampung’ lebih mudah dan berpatutan buat pelanggan.

Dengan lebih 1,000 pengecasan awam sedia ada, pemilik smart boleh memanfaatkan penjimatan 30 peratus dengan Aplikasi Hello smart yang memberikan pengguna akses ke rangkaian stesen pengecasan di seluruh negara.

Kemudahan ini meliputi stesen rakan kongsi seperti Gentari, JomCharge, dan chargEV di lebih daripada 400 lokasi di seluruh negara, termasuk pusat membeli-belah, bangunan pejabat, dan fasiliti tempat letak kereta awam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, pemilik kereta smart boleh melawat cawangan smart yang berhampiran, dilengkapi dengan stesen pengecasan pantas.

Ketika kenderaan mereka sedang mengecas, pemilik boleh menikmati kemudahan di pusat pengedar, termasuk kawasan menunggu yang selesa serta lengkap dengan hidangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, ‘Balik Kampung’ kini menjadi lebih mudah dengan rangkaian pengecas DC pantas rakan kongsi yang lengkap di sepanjang lebuh raya.

Hanya log masuk ke Hello smart App, terus ke tab kenderaan anda, dan terokai Peta Pengecasan. Pilih tempat pengecasan yang bersesuaian.

Dengan hanya beberapa ketikan, aplikasi Hello smart akan memaparkan kadar bayaran yang lebih rendah secara automatik sepanjang tempoh ini.  Promosi ini sah untuk sebarang kaedah bayaran dalam talian serta penebusan mata smart.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tawaran ‘smart Ri-Ya‘ kini sedang berlangsung, di mana pemilik baharu boleh menikmati tawaran istimewa yang menampilkan kadar faedah rendah bermula 1.15 peratus, termasuk smartCharge Home Charger percuma yang bernilai RM3,200 dan jaminan selama (2) tahun bagi semua pelanggan baharu.

Selain itu, pembeli akan menerima kredit pengecasan bernilai RM3,888 dengan pembelian mana-mana varian smart #1 dari sekarang hingga 30 April 2024.

Kunjungi bilik pameran smart di bawah sempena Rumah Terbuka yang akan berlangsung pada 9 & 20 April serta 4 Mei 2024 untuk menguji dan mengalami Teman Bandar Premium smart #1.

TarikhLokasiMasa
19 April 2024smart Alor Setar (Lee Motor)10am – 5pm
20 April 2024smart Penang (Eleganz Lifestyle)
smart Ipoh (GB Auto)
smart KL (Hap Seng)
smart Balakong (Hap Seng)
smart Melaka (Sigma Energy EV)
smart Johor Bahru (Motor Future)
smart Damansara (Smart Mobility)
smart Setia Alam (Wheelcorp EV)
4 Mei 2024smart Glenmarie (EON)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply