ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sumbang lebih 500 buku dan Dana Zakat RM10,000 kepada SMK Proton City

Berita Tempatan

Views

Sempena bulan Ramadan, Proton membuktikan komitmennya terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat menerusi dua inisiatif yang memberikan impak positif.

Proton telah menyumbang koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau di dalam premis sekolah.

Sumbangan itu terdiri daripada pelbagai bahan bacaan pendidikan termasuk buku rujukan hingga kesusasteraan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bahan bacaan itu diperoleh melalui kempen derma buku antara syarikat dengan lebih daripada 500 buku-buku disumbangkan oleh kakitangan Proton.

Melalui kempen ini, Proton berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam akademik dan mengejar aspirasi mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin akses rangkaian buku yang lebih luas ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar dan membolehkan perjalanan pendidikan mereka ke arah penemuan diri serta mengejar kerjaya masa depan.

Dengan kerjasama yang rapat dengan SMK Proton City, Proton berusaha untuk menyokong para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi yang akan datang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan Proton dan menyedari impak ketara akan berlaku terhadap program pendidikan mereka.

Ujar beliau, SMK Proton City dan Proton mempunyai hubungan yang rapat dengan kira-kira 200 pelajar terdiri daripada keluarga pekerja Proton.

Beliau turut berterima kasih atas sumbangan buku yang begitu banyak sekali. Selain itu, Proton turut menyerahkan Dana Zakat sebanyak RM10,000 kepada surau SMK Proton City.

Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau, termasuk pemasangan bumbung dan mozek lantai untuk bahagian solat wanita.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply