Tatkala Xiaomi memulakan langkah awal mereka untuk menceburi pasaran automotif khususnya kenderaan elektrik (EV) dengan menubuhkan syarikat Xiaomi EV Company Limited, gergasi elektronik dari Jepun, Sony telah pun memperkenalkan Vision-S Concept di CES pada Januari 2020.
Model konsep itu telah mengejutkan pelbagai pihak kerana ia merupakan sebuah prototaip yang boleh berfungsi-sepenuhnya, namun persoalan yang mula berlegar kini adakah Vision-S bakal dihasilkan?
Semasa ia pertama kali diumumkan, Sony berkata mereka hanya mahu menggunakan kereta tersebut sebagai ujian untuk teknologi automotif masa depan dan sebenarnya tidak berhasrat untuk menghasilkannya.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Namun, mereka masih meneruskan ujian kereta tersebut sepanjang 18 bulan terakhir dan semasa wawancara dengan Auto News baru-baru ini, naib presiden eksekutif Sony, Izumi Kawanishi mengakui yang pihaknya masih belum pasti mengenai perancangan mereka dengan EV tersebut.
Katanya, mereka masih belum ada perancangan kukuh buat masa ini kerana masih berada pada penyelidikan dan pembangunan.
Kawanishi berkata, Sony sedang mencari cara untuk mengubah kereta masa depan menjadi ruang tamu beroda serta mewujudkan ruang hiburan kecil yang boleh memberi manfaat untuk kenderaan autonomi sepenuhnya.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Tambahnya, mereka mempunya banyak kandungan – filem, muzik dan permainan – dan mereka harus menggunakan kandungan dan teknologi itu di dalam kenderaan.
Jadi, untuk membangunkan ruang hiburan seperti itu di dalam kendaraan, pihaknya perlu memahami peluang dan membangunkan sistem kabin yang tepat.
Antara ciri utama Vision-S adalah papan pemuka yang lengkap dengan skrin panorama dan Sistem Audio 360 Realiti inovatif yang menghasilkan sfera suara untuk setiap penumpang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI