ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sony Vision-S buat kejutan di CES 2020!

Berita Global

Views
VISION-S prototype vehicle product movie

Gergasi elektronik Sony, membuat kejutan terbesar di pameran Consumer Electronics Show (CES) dengan memperkenalkan sebuah model prototaip kereta konsep yang diberi nama Vision-S. Kereta konsep ini sebenarnya dicipta untuk mempamerkan keupayaan teknologi mereka dalam mobiliti.

Vision-S menampilkan tidak kurang daripada 33 sensor termasuklah sensor imej CMOS, Solid State LiDAR dan radar terbenam merentasi bahagian luaran yang membolehkannya mengesan dan mengecam orang dan objek di luar kenderaan tersebut. Di bahagian dalam, ia dilengkapi dengan sensor Time of Flight (ToF) yang boleh mengesan orang dan objek di dalam kereta. Sony mendakwa kereta ini cukup bagus untuk pemanduan berautonomi Tahap 2.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Di ruangan kabin model konsep ini juga dilengkapi dengan paparan skrin infohiburan besar yang diletakkan di belakang penyandar kepala tempat duduk hadapan dan paparan sentuh panoramik yang merentasi sepanjang papan pemuka. Selain itu, terdapat juga paparan khusus yang memberikan pandangan langsung apa yang dirakam oleh camera sisi dalam masa nyata, sama seperti rekaan pada model Honda e.

Satu lagi ciri utama pada model ini adalah sistem ‘360 Reality Audio’ yang menjanjikan bunyi keliling 360-darjah terhebat untuk semua penumpang. Apa yang menarik, pembesar suara turut ditanam pada tempat duduk. Semasa memberi sesi penerangan produk, ketua pegawai eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida berkata model ini dibina dari “pelantar EV rekaan serba baharu”.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Difahamkan pelantar model ini datangnya dari pembekal automotif terkemuka, Magna. Model ini dikuasakan oleh sepasang motor elektrik berkuasa 200 kW. Ia hanya memerlukan 4.8 saat untuk mencecah kelajuan 100 km/j dengan kelajuan maksima 239 km/j.

Beberapa syarikat turut terlibat dalam membantu Sony membangunkan model konsep ini, antaranya Bosch, Continental, NVIDIA, dan Qualcomm. Buat masa ini belum ada maklumat sama ada Sony mempunyai perancangan untuk membina dan menjual sedan elektrik itu kepada orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply