ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi bakal hentikan pembangunan pelantar kereta untuk pasaran Jepun bermula 2026

Berita Global

Views

Mitsubishi dilaporkan bakal menghentikan pembangunan pelantar kereta untuk pasaran Jepun dan hanya menawarkan versi yang berasaskan dari produk Nissan bermula 2026.

Menurut laporan dari Nikkei Asia, usaha ini dikatakan dapat membantu Mitsubishi untuk mengawal kos pembangunan dan membendung kerugian kerana mereka akan membuat pelaburan ke dalam EV.

Model dengan lencana Mitsubishi yang dijual di Jepun akan berasaskan pelantar Nissan dan masih menggunakan rekaan luaran, dalaman dan trenpacu yang dibangunkan oleh jenama tersebut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Perancangan itu sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia merupakan langkah strategik kerana lebih banyak pengeluar menumpukan perhatian untuk berkolaborasi untuk membendung kenaikan kos pembangunan EV.

Sebelum ini, Mitsubishi telah pun merancang untuk menghentikan pengenalan model baharu di Eropah kerana mereka berusaha untuk mengurangkan kerugian sebanyak 20 peratus.

Namun, pada bulan Mac 2021, mereka mengumumkan akan kekal di pasaran pemanduan kiri (LHD) Eropah dengan dua model berasaskan Renault bermula dari tahun 2023.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Laporan itu mendakwa Mitsubishi memiliki sebanyak lapan pelantar setakat Mac tahun ini, namun mereka akan mengurangkan separuh daripadanya kepada empat menjelang Mac 2026, termasuklah dua pelantar baharu untuk Asia Tenggara, manakala dua lagi dibangunkan secara bersama dengan Nissan.

Pada 2016, Nissan telah membeli sebanyak 34 peratus kepentingan Mitsubishi, sekali gus membentuk Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Namun sejak itu, kumpulan tersebut masih bergelut untuk memulihkan Mitsubishi yang mengalami kerugian sejak dua tahun fiskal yang lalu.

Penstrukturan semula bersekala-besar telah diumumkan pada pertengahan tahun 2020. Menerusi cadangan itu, anggota pakatan akan fokus pada pasaran terkuat mereka dan keluar dari kelemahan mereka. Beberapa model yang popular terdahulu, seperti Lancer dan Pajero telah dihentikan sejak beberapa tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply