ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Spanco hanya merugikan negara” – Anwar Ibrahim

Berita Tempatan

Views

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) hanya merugikan negara.

Perdana Menteri berkata, beliau tahu kontrak terbabit juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan.

“Semua saudara terbabit dalam penggunaan kemudahan Spanco (membekalkan kenderaan kerajaan) dan tindakan serta sikap saya keras terhadap Spanco itu sejak saya jadi Menteri Kewangan dahulu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Saya tidak tahu di mana salahnya tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara, saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam.

“… tetapi kita lesu tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Difahamkan, SPRM juga sudah merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk daripada agensi kerajaan serta individu dari syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan ‘armada’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Malah, SPRM sebelum ini pernah menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an itu serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan.

Susulan itu, SPRM membekukan akaun bank seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto latar kredit Spanco

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply