Bulan Januari 2024 menyaksikan pengeluar kereta nasional, Proton menikmati permulaan tahun terbaiknya sejak 2013 dengan menjual 12,882 unit (domestik dan eksport).
Proton juga merupakan satu-satunya jenama automotif yang mencatat prestasi jualan yang lebih baik berbanding bulan Disember 2023, meningkat sebanyak 1.3 peratus, manakala berbanding bulan Januari tahun lalu pula, jualan meningkat sebanyak 10.3 peratus.
Ini juga membolehkan Proton mengekalkan tempat kedua dalam carta jualan dengan selesa. Pegangan pasaran syarikat bagi bulan Januari dianggarkan sebanyak 19.5 peratus, iaitu 3.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.
Jumlah Jualan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 66,134 unit, menurun sebanyak 15.6 peratus berbanding bulan Disember, di mana jumlah itu meningkat akibat dorongan jualan kenderaan akhir tahun yang lebih tinggi untuk penutupan tahun 2023.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Proton telah memulakan penghantaran bagi model terbaharunya iaitu, S70 dengan 1,442 unit dihantar pada bulan Januari.
S70 setakat ini telah menerima lebih 8,000 tempahan dan memasuki pasaran eksport pertamanya di Brunei, apabila 15 unit telah dihantar sebelum pelancaran rasminya di sana pada bulan Februari.
‘Raja bagi SUV segmen B’, X50 mencatat jualan 2,002 unit pada bulan Januari. Persona turut memimpin jualan bagi sedan segmen B dengan jualan sebanyak 1,846 unit.
Model mercu X90, turut mencatatkan prestasi yang baik apabila ia kekal sebagai peneraju dalam pasaran SUV segmen D, dengan jumlah jualan sebanyak 365 unit pada bulan Januari.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Meskipun pengeluarannya telah tamat, MPV segmen C iaitu Exora masih kekal relevan dengan 203 unit berjaya dijual. Saga turut mengekalkan popularitinya dengan berjaya mencatat jualan sebanyak 6,129 unit.
Jualan model hatchback, Iriz melonjak sebanyak 7 peratus berbanding bulan Disember dengan 523 unit dijual, manakala SUV segmen C, X70 mencatatkan jualan sebanyak 372 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pada masa ini, ramai yang menganggarkan bahawa jualan automotif Malaysia akan menurun pada tahun 2024 selepas mencatat rekod pada tahun 2023.
Ini disebabkan faktor seperti kenaikan SST serta pengenalan cukai barangan mewah. Walau bagaimanapun, Proton kekal optimis dengan permulaan yang kukuh untuk tahun ini dan menyasarkan lebih banyak pertumbuhan jualan dengan fokus berterusan pada inovasi, kualiti dan khidmat pelanggan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI