ARKIB

KATEGORI

Info

SPEKULASI : Ini mungkin varian dan spesifikasi Perodua D55L, nama rasmi bakal bemula dengan huruf ‘A’?

Info

Views

Model yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, Perodua D55L nampaknya semakin hampir dengan pelancaran rasminya. Jika dalam artikel terdahulu, kami pernah mengatakan yang fasa pengeluaran massanya bermula awal bulan ini dan dikatakan para penasihat jualan Perodua telah mula menjalani latihan produk.

Menurut jangkaan kami, D55L bakal dilancarkan pada bulan Mac, namun bergantung juga pada situasi semasa. Sepatutnya ia dilancarkan lebih awal, namun dek kerana pandemik COVID-19 telah menyebabkan pengenalannya terpaksa ditangguhkan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Kini timbul pula spekulasi mengenai varian dan spesifikasi model SUV kompak Perodua ini. Menerusi maklumat yang diperolehi di rakan media AutomachiWapCar.my memaklumkan D55L bakal ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu asas (X), pertengahan (H) dan premium (AV). Informasi tersebut juga selari dengan apa yang kami perolehi sebelum ini.

Selain itu, kesemua varian D55L sah akan dijana oleh enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 98 PS dan 140 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan  transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi pecahan nisbah gear.

Berikut adalah pecahan varian dan spesifikasinya:

Varian X

  • Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik)
  • Rim aloi 16-inci
  • Tayar saiz 205/65/R16
  • Paparan meter jenis analog
  • Sistem infohiburan jenis standard
  • Pilihan warna – perak, putih mutiara, kelabu, biru dan merah

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)

    • Lampu hadapan LED jenis aktif (suluhan cahaya mengikut pusingan stereng)
    • Rim aloi 17-inci
    • Tayar saiz 205/60/R17
    • Paparan meter jenis digital dengan skrin bersaiz 7-inci
    • Paparan skrin infohiburan bersaiz 7-inci dengan ciri arahan suara “Hey Google”
    • Pilihan warna – perak, putih mutiara, kelabu, biru dan merah

Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)

    • Pilihan warna badan dwitona – kombinasi merah dan hitam, putih dan hitam
    • Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), dan pemantau titik buta (BSM).

Apa yang menarik, menurut Automachi nama rasmi D55L akan bermula dengan huruf A. Menerusi carian WapCar.my di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Perodua telah mendaftarkan beberapa nama yang bermula dengan huruf A, ini termasuklah Atriva, Axeda, dan Ativa.

Namun menurut mereka, hanya tinggal nama Ativa dan Axeda masih kekal memandangkan nama Atriva telah dikeluarkan dari senarai nama tersebut. Kami merasakan nama Ativa lebih sesuai untuk SUV ini dan secara kebetulan pula kami sengaja memberi nama Axtiv semasa membuat illustrasi digitalnya dalam artikel terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply