ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI : Kami jangka nama sebenar D55L adalah Perodua Ativa, ini sebabnya…

Spekulasi

Views

Memandangkan dalam artikel tadi kami ada mengatakan hanya tinggal dua nama iaitu Axeda dan Ativa yang berada dalam senarai cap dagang Perodua di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), kami menjangkakan nama sebenar D55L adalah Ativa.

Mengapa kami berkata begitu? Menurut carian kami di Google, Ativa adalah perkataan dalam Bahasa Portugis yang membawa maksud ‘aktif‘ dalam Bahasa Melayu. Pilihan nama tersebut juga sedap untuk disebut, mudah untuk diingati dan juga bertepatan dengan karektor sebuah SUV yang merupakan kenderaan untuk gaya hidup aktif.

Kami hanya cuba untuk meneka, sama ada betul atau meleset sama sekali, jangan salahkan kami ye…

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Selain itu, kami juga baharu sahaja menerima beberapa informasi tambahan menerusi ejen perisik Mat Bond mengenai model berkenaan. Katanya, ada lima pilihan warna bakal ditawarkan iaitu Perak, Kelabu Granite dan tiga warna baharu Putih Mutiara, Merah Mutiara dan Biru Gelap Metalik.

Untuk varian X hanya tiga warna sahaja ditawarkan kecuali Putih Mutiara dan Merah Mutiara. Varian H dan AV akan mendapat semua pilihan warna, tetapi varian AV turut ditawarkan dengan pilihan warna dwitona, Putih Mutiara atau Merah Mutiara dengan kombinasi warna hitam.

Berikut adalah maklumat tambahan mengenai D55L:

Varian X

  • Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik dengan ciri lampu tinggi automatik)
  • Rim aloi 16-inci
  • Tayar saiz 205/65/R16
  • Paparan meter jenis analog
  • Sistem infohiburan jenis standard dengan sambungan Bluetooth dan HDMi
  • Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) yang merangkumi ciri seperti amaran kekal lorong (LKW)
  • Enam beg udara

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)

    • Lampu hadapan LED jenis adaptif (pancaran cahaya mengikut belokan stereng)
    • Rim aloi 17-inci
    • Tayar saiz 205/60/R17
    • Kelompok meter jenis digital dengan skrin bersaiz 7-inci
    • Paparan unit infohiburan bersaiz 9-inci dengan ciri arahan suara “Hey Google”
    • Butang kawalan pada stereng
    • Lampu kabus jenis LED
    • Lampu signal jenis LED dengan nyalaan berturutan

Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)

    • Pilihan warna badan dwitona selain satu tona – kombinasi Putih Mutiara atau Merah Mutiara dengan hitam
    • Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), dan pemantau titik buta (BSM).
    • Kemasan tempat duduk kulit kombinasi hitam dan merah

Pada masa ini D55L berada dalam fasa pengeluaran massa dan menurut jangkaan kami, ia bakal dilancarkan pada bulan Mac nanti. Teruskan bersama kami untuk informasi terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply