Foto spyshots ini telah diemailkan kepada saya tadi melalui sahabat kita, Naim Yaakob semasa perjalanan pulang dari tempat kerja di Seremban. Tidak dapat dipastikan ke mana arah tujuan treler ini. Jika diperhatikan, model yang sedang diangkut ini adalah Honda Accord tetapi ada tampalan dibahagian belakang & hadapannya termasuk di penutup rim. Adakah ini Honda Accord generasi baharu? Saya rasa pelancaran model ini akan dibuat tak lama lagi, tunggu… 🙂
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
assalamualaikum… kemungkinan besar pelancaran pada 4 september
w’salam wbt, nampaknya dah semakin hampir..thanks bro 🙂
Kat blog-blog US selalu kata model kali ni terbaik. So, abis la Camry.
Mmm….. 4 star ancap tu ker? huhu.
cheers!
kali ni.. maybe Accord akan kalahkan Camry dari segi penjualan… huhu
payah accord nk beat toyota, kbanyakn minat toyota lg.. pendapat aku je.. hehe
mungkin ini rupa honda accord baru tu.
https://www.facebook.com/autocarwrap/media_set?set=a.375562815880374.1073742007.100002799765728&type=1
Nampak smart.. xtau la harga brape..
Memang jualan akan mengatasi Camry sebabnya kerjaan pun dah ganti perdana guna Honda Accord.
Issue dgn previous accord is the relatively poor NVH…bunyi angin lepas 120km/h agak ketara di mana camry jauh lagi baik dari segi NVH ni…
power and technology mmng accord lagi baik dari camry, xde issue kat situ…cuma utk kerata premium macm tu, bunyi angin tu macm xle diterima…
my uncle cakap menyesal beli accord sbb NVH tu….
Kalau mampu boleh beli accord baru ni. cuma diharapkan honda malaysia memberikan spec terbaik at least 4 airbags and VSC standard utk model 2.0.
Nasib juga toyota update camry 2013 dgn VSA utk model 2.0G dan 2.5.tapi takde nak tambah airbags. lokek betul.
tp memang betul kata en Fredo.
dari segi premium dan keselesaan, camry mmg mengatasi accord. Mungkin honda accord generasi baru ni dah mengatasi isu2 yg ada pada accord generasi sekarang?