ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis bina Hab Alat Ganti Serantau di Malaysia, mula beroperasi pada 2025

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kenderaan keempat terbesar di dunia dan perintis penyediaan mobiliti, Stellantis telah mengumumkan penubuhan Hab Alat Ganti Serantau di Malaysia.

Hab itu merupakan satu komponen penting dalam strategi Stellantis untuk mempergiatkan usaha lokalisasi serta mengukuhkan kehadirannya dalam jangka masa panjang di rantau India dan Asia Pasifik, termasuklah Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez berkata,  rantau India dan Asia Pasifik merupakan enjin pertumbuhan ketiga bagi Stellantis. Hub Alat Ganti Serantau ini bakal menjadi satu aset penting dalam strategi rantaian bekalan serantau syarikat.

Tambahnya, pelaburan ini membuktikan komitmen jangka panjang Stellantis dalam mengukuhkan pertumbuhan dan kehadirannya bukan sahaja di rantau ini, malah menyumbang kepada memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai satu hab automotif serantau.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dijadual memulakan operasi pada suku pertama 2025, hab baharu itu direka untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat dari 20 buah negara di rantau ini, termasuk pasaran-pasaran penting seperti Malaysia.

Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi Stellantis untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualannya dengan mengurangkan tempoh tidak dapat beroperasi.

Selain memastikan akses yang cekap serta kebolehdapatan alat ganti otomotif serta komponen kepada para pengedar dan pelanggan.

Hab itu akan menempatkan alat ganti otomotif serta komponen untuk semua jenama Stellantis seperti Peugeot, Citroën, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor dan banyak lagi.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Terletak di Zon Perdagangan Bebas yang strategik di Malaysia, gudang alat ganti serantau ini akan membolehkan Stellantis untuk menambah baik aspek kebolehdapatan alat ganti, mengurangkan tempoh menunggu dan meningkatkan servis secara keseluruhannya.

Ketua Alat Ganti & Servis Stellantis India & Asia Pasifik, Olivier Torchet berkata, hab ini juga membolehkan pihaknya untuk memberi maklum balas dengan lebih cepat kepada permintaan pelanggan yang kian bertambah.

Sejak tahun 2021, Stellantis telah membina asas kepada hala tuju “Dibina di ASEAN untuk ASEAN” di Malaysia. Ia dimulakan dengan pemilikan 100 peratus ke atas kilang Stellantis Gurun di Kedah yang akan dimaksimumkan sebagai hub pengilangan serantau untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

Pada Mac tahun ini, Stellantis Malaysia telah ditubuhkan sebagai satu entiti rasmi yang berperanan mengarah serta mengurus aspek pemasaran, jualan, pengedaran dan selepas jualan semua jenama Stellantis di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply