ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini gambaran awal lima pilihan warna Proton e.MAS 7

Impresi Artis

Views

Semalam anak syarikat Proton, PRO-NET telah membuka tempahan dan mendedahkan spesifikasi kenderaan elektrik (EV) nasional yang pertama iaitu Proton e.MAS 7.

Model SUV segmen-C ini ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu Prime dan Premium, dengan harga anggaran RM120,000. Mereka yang berminat boleh membuat tempahan dengan bayaran sebanyak RM500.

Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima Pioneer Privilege Deal dengan diskaun sebanyak RM500 dan juga Pioneer Gift Pack yang bernilai RM1,000.

Lima pilihan warna luaran ditawarkan iaitu, Platinum Silver, Turquoise Green, Slate Grey, Quartz Rose dan Lithium White. Untuk warna kemasan kabin pula, hanya satu warna ditawarkan iaitu Indigo Blue.

Ia sedikit berbeza dengan versi ‘kembarnya’ iaitu Geely Galaxy E5, yang ditawarkan dengan lapan pilihan warna luaran dan tiga pilihan warna kemasan dalaman.

Buat masa ini, unit prototaip yang dipamerkan masih lagi lengkap dengan pelekat badan. Dengan bantuan sahabat kami yang pakar dalam manipulasi digital iaitu Theottle, visual secara digital telah pun dihasilkan bagi memberikan gambaran awal.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Proton e.MAS 7 yang dibina berasaskan pelantar Global Modular Architecture (GMA) itu mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dan jarak roda 2,750 mm.

Proton e.MAS 7 dikuasakan oleh sistem pemacu elektrik 12 dalam 1 yang memacu roda hadapan (FWD) berkuasa 218 PS dengan 320 Nm daya kilas.

Ini membolehkannya memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan tertinggi 175 km/j. Kedua-duanya dikuasakan pek bateri litium besi fosfat (LFP) ‘Aegis’ bilah pendek dengan kapasiti berbeza.

Berikut adalah perincian ringkas Proton e.MAS 7 mengikut varian:

Proton e.MAS 7 Prime

  • Pek bateri: 49.52kWj
  • Jarak pandu (WLTP): 345 km
  • Pengecasan DC 80kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 20 minit
  • Pengecasan AC 11kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 4.9 jam
  • Jenis tayar dan saiz: Giti 225/55 R18
  • 6 pembesar suara

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Proton e.MAS 7 Premium (tambahan dari varian Prime)

  • Pek bateri: 60.22kWj
  • Jarak pandu (WLTP): 410 km
  • Pengecasan DC 100kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 20 minit
  • Pengecasan AC 11kW: Masa mengecas dari 30 hingga 80 selama 6.1 jam
  • Jenis tayar dan saiz: Good Year 235/50 R19
  • Bumbung suria panoramik
  • Pintu belakang kuasa
  • Pengatup jeriji aktif
  • Cermin pandang belakang auto malap
  • Lampu suasana
  • Paparan dongak pada cermin hadapan
  • Tempat duduk penumpang hadapan kuasa dengan pelarasan 4-cara
  • Tempat duduk berventilasi
  • Radar hadapan
  • 16 pembesar suara

Proton e.MAS  7 dilengkapi unit inforia Flyme Auto dengan skrin sesentuh 15.4 inci beresolusi 2.5k yang dijana cip gred-automotif 7nm, skrin kelompok instrumen 10.2 inci, dan sistem audio Flyme Sound dengan 16 pembesar suara termasuk pada penyandar kepala di bahagian pemandu.

Dari segi keselamatan pula, kedua-dua varian didatangkan dengan 6 beg udara dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi ciri:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Kawalan Jelajah Pintar
  • Brek Kecemasan Automatik
  • Amaran Perlanggaran Hadapan
  • Sokongan Brek Dinamik
  • Amaran Keluar Lorong
  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan
  • Amaran Perlanggaran Belakang
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Brek Trafik Lintasan Trafik
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Pengesanan Bintik Buta
  • Amaran Buka Pintu
  • Pengecaman Papan Tanda Lalu Lintas

Warna Proton e.MAS 7 yang manakah menjadi pilihan anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply