ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis Malaysia lancar SUV elektrik Leapmotor C10 – Harga pengenalan RM149,000

Berita Tempatan

Views

Stellantis Malaysia hari ini melancarkan SUV elektrik Leapmotor C10, sekali gus menandakan kemasukan jenama automotif tenaga baharu itu secara rasmi ke pasaran tempatan.

Ini juga merupakan penampilan pertama Leapmotor C10 di pasaran Asia Tenggara menerusi pengenalannya di Malaysia.

Model SUV elektrik ini ditawarkan dengan harga pengenalan RM149,000 di atas jalan tanpa insurans untuk tempoh terhad.

Harga pengenalan ini sah untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 November 2024. Selepas tempoh ini tamat, SUV segmen D itu akan ditawarkan pada harga RM159,000.

Ia hadir dalam pilihan warna Glazed Green (hijau), Pearly White (putih Mutiara) dan Canopy Grey atau Tundra Grey (kelabu), serta dua warna dalaman iaitu Criollo Brown (coklat) khusus untuk Glazed Green atau Midnight Aurora (hitam).

Leapmotor C10 dibina berasaskan pelantar Leap 3.0 dengan ukuran dimensi 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,825 mm. Jarak lega permukaannya pula adalah 180 mm.

Leapmotor ialah syarikat pertama memperkenalkan teknologi Sel ke Chasis (CTC) 2.0 yang mengintegrasikan pek bateri C10 ke dalam struktur.

Berbanding pelantar bukan sel ke badan, C10 menawarkan pelbagai ciri terbaik seperti susun atur ruang bateri yang 17.5 peratus lebih baik.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Model ini dilengkapi mempunyai motor elektrik ‘Permanent Magnetic Synchronicpada roda belakang (RWD) yang menghasilkan 214 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas.

Ia dikuasakan oleh bateri litium besi fosfat (LFP) 69.9 kWj dan membolehkan SUV elektrik ini memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa cuma 7.5 saat. Ini membolehkannya bergerak sejauh 422 km (kitaran WLTP) untuk sekali cas penuh.

Dari segi pengecasan, ia dilengkapi dengan pengecas AC 6.6 kW dan turut menyokong pengecasan pantas (DC) sehingga 84 kW. Tempoh pengecasan bateri dari takat 30 hingga 80 peratus mengambil masa 30 minit.

Reka bentuk C10 telah menerima pengiktirafan berprestij iaitu Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa CMF 2023 dan Anugerah Reka Bentuk Perancis 2024.

Ia menampilkan rekaan bulat segi empat tepat dan horizontal yang estetik memberikannya penampilan yang minimalis serta maskulin.

Di bahagian hadapan, C10 menampilkan lampu hadapan LED ‘angel wing’ dengan lampu siang (DRL) terbina dalam.

Corong kemasukan udara dengan fungsi Penutup Jeriji Aktif (AGS) pada bampar hadapan berfungsi untuk menyejuk dan menambah baik aspek aerodinamik.

Rekaan bahagian sisi dengan garis badan 3-selari melengkapi penampilan elegan, manakala rim “Trident” bersaiz 20 inci, spoiler belakang dengan pengelap cermin tersembunyi dan bar lampu animasi LED menyerlahkan lagi estetika kontemporarinya.

Reka bentuk minimalis pada ruang dalaman menampilkan ciri Arahan Suara, paparan inforia bersaiz 14.6 inci dikuasakan oleh Leap OS 4.0 dengan ciri Over-the-Air (OTA), skrin instrumen bersaiz 10.2 inci, kamera panoramik 360°, sistem penapis udara PM2.5, lampu suasana berirama, serta pengecasan nirwayar.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemasan berkualiti tinggi dan tempat duduk yang menggunakan tekstil silikon OEKO-Tex Standard 100® yang mesra bayi.

Bukan itu sahaja, ia turut disertakan dengan kad NFC atau aplikasi mudah alih Leapmotor, empat mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Sport dan Custom, kerusi pemandu larasan elektrik, bumbung kaca panoramik, 12 unit pembesar suara dan amplifier 840-watt.

C10 menawarkan ruang but seluas 435 liter dan kapasiti sehingga 1,410 liter apabila tempat duduk dengan konfigurasi 60/40 itu dilipat rata.

Aspek keselamatan pula terdiri daripada 7 beg udara dan sistem ADAS Tahap 2 Leap Pilot yang merangkumi fungsi-fungsi seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kawalan Pemusatan Lorong (LCC)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Kendiri (AEB)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Pengekalan Lorong Kecemasan (ELK)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Lintasan Belakang dan Brek (RCTA + RCTB)
  • Bantuan Kelajuan Pintar (ISA)
  • Amaran Pemandu Mengantuk (DDAW)
  • Amaran Gangguan Pemandu Lanjutan (ADDW)

Leapmotor C10 didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (yang mana terdahulu) serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km, (yang mana terdahulu). Selang servis pula adalah selama 1 tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply