ARKIB

KATEGORI

Buletin

X70 2025 muncul model Proton pertama terima kemas kini Apple CarPlay

Berita Tempatan

Views

Ini adalah ‘khabar gembira’ yang paling dinanti-nantikan oleh pemilik kereta Proton! Jenama automotif nasional itu mengumumkan ketersediaan Apple CarPlay untuk pemilik X70 2025 bermula semalam (16 Oktober 2024).

Dilancarkan pada 15 Ogos lalu, model ini merupakan SUV segmen C yang mengalami jualan paling pantas di negara ini, dengan lebih daripada 100,000 unit dijual sejak pelancarannya pada akhir tahun 2018.

Baru-baru ini X70 2025 telah mendahului kelas SUV dengan 1,466 unit terjual pada bulan September.
Dengan gaya yang diperbaharui, ciri ADAS Tahap 2 dan pengalaman memandu yang lebih lancar.

Penambahan Apple CarPlay melalui kemas kini ‘over-the-air (OTA)‘ memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna untuk menyambungkan telefon mudah alih mereka dengan unit inforia kereta.

Ciri sambungan Apple CarPlay untuk X70 2025 melalui kemas kini OTA itu akan ditawarkan bermula dari 16 Oktober 2024.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Bermula daripada tarikh ini juga, pemilik kereta akan menerima notifikasi OTA secara berperingkat dan mereka hanya perlu mengikutil langkah-langkah berikut untuk memuat turunnya ke dalam kenderaan mereka:

Langkah 1: Muat Turun dan Pasang

  • Pakej kemas kini perisian akan dimuat turun sebaik sahaja ia tersedia untuk kenderaan pelanggan. Pengguna perlu memastikan enjin berjalan sehingga muat turun selesai.
  • Setelah selesai, pengguna boleh memulakan pemasangan pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka. Setelah pemasangan dimulakan, pengguna perlu memastikan enjin berjalan sehingga kemas kini perisian selesai.

Langkah 2: Sahkan Versi Perisian

  • Kemas kini perisian yang berjaya boleh disahkan di Tetapan Kenderaan di bawah [Maklumat Sistem] > [Tentang IHU]. Versi sistem terkini adalah SW3RBA10925H1141.
  • Versi ini mengandungi Apple CarPlay, prestasi sistem yang dipertingkat, serta pelbagai pembetulan pepijat untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

 

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Langkah 3: Sedia Untuk Digunakan

  • Dengan kemas kini perisian terkini dipasang, pengguna boleh menikmati kemudahan Apple CarPlay dengan memasangkan iPhone mereka, sama ada melalui sambungan USB ataupun nirwayar (Bluetooth).
  • Setelah iPhone berjaya dipasangkan ke sistem, pengguna boleh melancarkan antaramuka Apple CarPlay dengan menekan ikon yang ditunjukkan di atas.

Proton baru-baru ini telah melancarkan kempen Proton Vaganza yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 untuk meraikan tahun yang berjaya dan sebagai penghargaan kepada sokongan pelanggan.

Sepanjang tempoh ini, promosi khas dan rebat sehingga RM7,000 serta nilai tukar beli sehingga RM1,800 di cawangan terpilih tersedia untuk mereka yang membeli Proton X70 2025.

Melalui kempen ini juga, pelanggan yang memandu uji mana-mana model Proton berpeluang untuk memenangi hadiah tunai sehingga RM2,500.

Mereka yang membuat tempahan dan mendaftar kenderaan baharu juga akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah Proton S70.

Selain itu, pelanggan yang mendapatkan likes‘ terbanyak di siaran media sosial mengenai pandu uji mereka akan memenangi hadiah tunai tambahan sehingga RM1,500.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply