Pengeluar kenderaan keempat terbesar di dunia, Stellantis mempamerkan beberapa jenama di bawah portfolionya bersempena acara Malaysia Autoshow 2024. Antara jenama yang dipamerkan termasuklah Peugeot, Citroën dan Leapmotor.
Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, pihaknya sangat teruja untuk melakukan debut pada acara Malaysia Autoshow.
Tambah beliau, Stellantis bukan sekadar muncul sebentar di Malaysia, malah akan berada di sini dan menjadi rakan sebenar dalam perjalanan automotif anda.
Stellantis bermula dengan cukup gah menerusi pelancaran Peugeot 408 serba baharu bulan lalu apabila menerima lebih 300 tempahan sehingga hari ini.
Kini, Stellantis sedang melihat bagaimana untuk memenuhi kemahuan dan gaya hidup pelanggan yang berbeza dengan menghidupkan kembali jenama ikonik seperti Citroën, selain memperkenalkan jenama EV baharu seperti Leapmotor.
Dua model yang menjadi tumpuan di pameran itu nanti adalah Peugeot 408 dan Landtrek Special Edition (SE). Kedua-dua model Landtrek Allure dan Landtrek SE dipasang di kemudahan serba canggih Stellantis Gurun di Kedah.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Peugeot 408 serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu Allure, Premium dan GT pada harga bermula RM146,055.
Peugeot Landtrek SE pula tampil dengan sistem suspensi yang telah dinaik taraf untuk pengendalian lebih sporty dan rangkaian aksesori baharu serta praktikal,
Ia kini mempunyai penampilan unik yang telah dipertingkatkan agar cemerlang sama ada di dalam persekitaran bandar atau off-road.
Hadir dalam warna kelabu (Rockstone Grey) dan putih (Ceramic White), Landtrek SE ditawarkan pada harga RM129,124 seunit.
Satu lagi jenama terkenal di bawah Stellantis, iaitu Citroën memberi bayangan bahawa ia akan membuat kemunculan semula ke Malaysia.
Model ikoniknya Ami Buggy iaitu sebuah EV Quadricycle unik dan C3 Aircross serba baharu yang cukup dikenali kerana aspek keselesaan, praktikaliti dan ruang turut dipamerkan di reruai Stellantis.
Kenderaan-kenderaan ini menunjukkan komitmen Citroën untuk menjadikan kereta Eropah lebih mudah diakses, pada masa sama menggabungkan rekaan berani dengan keselesaan dan inovasi.
Stellantis baru-baru ini mengumumkan permulaan operasi Leapmotor International yang merupakan satu bentuk kerjasama strategik dengan Leapmotor, salah satu peneraju dalam teknologi EV di China.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Penawaran produk EV daripada Leapmotor International dilihat sebagai pelengkap kepada teknologi dan jenama ikonik sedia ada Stellantis.
Ia akan menawarkan penyelesaian mobiliti lebih mampu milik kepada pelanggan di peringkat global dan dijangka tiba pada suku keempat di Malaysia yang juga termasuk dalam pelan pertumbuhan Stellantis.
Leapmotor C10 ialah produk global pertama Leapmotor yang dibina berasaskan kepada reka bentuk dan standard keselamatan global.
Dibina menggunakan seni bina LEAP3.0 yang dibangunkan sendiri oleh Leapmotor, C10 menampilkan teknologi elektrik termaju seperti sistem elektronik berpusat, seni bina elektrik, teknologi sel ke chasis (CTC) dan kokpit pintar.
C10 merupakan sebuah kenderaan keluarga segmen D yang memiliki ciri lengkap, pemanduan premium dan menawarkan pengalaman pengendalian terbaik. Jentera itu mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 420km (WLTP) dan menerima penarafan lima bintang E-NCAP.
Pengunjung dan peminat jenama Peugeot yang mengunjungi ruang pameran bermula 22-26 Mei boleh mendaftar untuk memandu uji Peugeot 408 GT yang baru sahaja dilancarkan dan model SUV popular 3008.
Penggemar aktiviti off-road pula boleh mendaftar untuk menyertai sesi pandu uji off-road 4×4 yang direka khas dan eksklusif dengan Peugeot Landtrek.
Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara ini akan menikmati penjimatan eksklusif sebanyak RM9,000 ke atas model Peugeot 3008 dan 5008. Mereka yang menempah Peugeot 408 pula akan menikmati servis percuma selama setahun.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI