Gergasi petroleum tanahair, Petronas telah membuka sebuah stesen minyak yang pertama di Sau Paulo, Brazil pada minggu lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Projek Perkongsian Petronas yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.
“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini untuk sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax,” katanya dalam hantaran di LinkedIn.
Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya Petronas, ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.
“Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil! “Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama Petronas di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.
“Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini,” katanya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pada tahun 2022, Petronas Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat Petronas telah mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia pra-garam.
Difahamkan, lokasi itu terletak di Lembangan Santos, kira-kira 250 km dari pantai Rio de Janerio, pada kedalaman air kira-kira 2,000 meter. Ia merupakan lajur minyak bersih, antara yang paling tebal pernah direkodkan di Brazil.
“Penemuan itu dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, yang meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100 peratus) dan Kontrak Perkongsian Lebihan Pengeluaran Sepia ToR yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus ), QatarEnergy (21 peratus) dan PBBL (21 peratus), dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.
“PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan Sépia ToR semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro pada 2021,” kata Petronas dalam kenyataan itu. – Siakap Keli
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Erik Martimiano da SilvaErik Martimiano da Silva dan Murilo Dancieri Silveira
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI