ARKIB

KATEGORI

Buletin

Super Nice Express pemilik pertama koc dua tingkat MAN dengan teknologi ADAS

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) telah menyerahkan koc dua tingkat MAN pertama dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada syarikat bas ekspres terkemuka, Super Nice Express Sdn Bhd.

Koc baharu itu adalah sebahagian daripada 10 buah Koc MAN baharu yang terdiri daripada lima unit dek dua tingkat dan lima unit dek satu tingkat, semuanya dilengkapi ADAS, yang telah ditempah oleh Super Nice.

Koc itu dibina di atas casis koc tiga gandar RR5 yang dilengkapi dengan tujuh sistem bantuan pemandu utama untuk keselamatan optimum pemandu dan penumpang, yang merangkumi ciri:

  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Program Kestabilan Elektronik (ESP)
  • Sistem Pemantauan Tekanan dan Suhu Tayar (TPM)
  • Pengaktifan Lampu Pemanduan Automatik (ADLA)
  • Kawalan Pengelap Cermin Automatik (AWC)

Dalam situasi kecemasan, EBA berfungsi dalam tiga peringkat untuk mengurangkan daya kilas, mengaktifkan lampu brek, menyahaktifkan kawalan jelajah, meningkatkan tekanan brek dan mengaktifkan brek sepenuhnya, jika perlu, bagi mencegah atau mengurangkan impak perlanggaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

ACC direka bentuk untuk mengelakkan kemalangan dengan mengekalkan jarak selamat dari kenderaan lain dalam keadaan trafik yang sesak dan keadaan pemanduan dengan tahap penglihatan yang rendah.

Penderia radar mempertimbangkan pergerakan kenderaan di hadapan, mengekalkan kelajuan yang diingini dan melaraskan kelajuan serta jarak pemanduan secara automatik.

LDW mengurangkan bebanan pada pemandu dalam perjalanan jauh. Kamera yang dipasang secara berterusan akan mengesan tanda lorong kiri dan kanan dan mengeluarkan amaran akustik atau haptik jika kenderaan dipandu melepasi tanda laluan tanpa mengaktifkan isyarat membelok.

ESP mengurangkan kemungkinan terbalik semasa pergerakan kecemasan. Penderia memantau kelajuan kenderaan, input stereng dan kelajuan setiap roda dan secara selektif menggunakan brek pada roda tertentu untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan dan kestabilan pada setiap masa.

Penderia TPM yang dipasang di dalam tayar membolehkan pemantauan tekanan dan suhu tayar secara berterusan dan memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang perubahan.

Ini boleh membantu mengurangkan masa henti apabila kenderaan perlu masuk ke bengkel dan mengurangkan penggunaan bahan api daripada tayar yang kurang angin. Pemantauan suhu juga membantu mengelakkan tayar menjadi terlalu panas yang boleh mengakibatkan kebakaran atau kebocoran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penderia ADLA secara berterusan mengesan tahap kecerahan kawasan sekeliling dan melaraskan lampu hadapan secara automatik. Ini bagi memastikan pencahayaan dan keterlihatan jalan yang optimum dalam semua keadaan pencahayaan untuk mengurangkan bebanan pada pemandu.

AWC pula secara automatik mengaktifkan pengelap cermin depan apabila titisan hujan dikesan bagi meningkatkan tahap penglihatan, terutamanya dalam keadaan hujan lebat.

Koc dua tingkat baharu Super Nice juga menampilkan reka bentuk badan TX9 yang dikemas kini oleh pembina badan koc yang berpangkalan di Pulau Pinang, TACT Coach Seat & Manufacturing Sdn Bhd.

Penumpang yang memilih bilik persendirian di atas bas dapat menikmati tempat duduk graviti sifar unik yang menjanjikan peredaran darah optimum dan mengurangkan kesakitan badan. Mereka juga disediakan kemudahan seperti sistem hiburan peribadi, pengecas USB dan dispenser air sejuk dan panas.

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks memuji Super Nice atas komitmen syarikat terhadap keselamatan jalan raya dengan memilih sistem ADAS untuk setiap koc MAN baharunya.

Tambahnya, mulai tahun ini dan seterusnya, semua casis Bas dan Koc MAN akan dilengkapi dengan enjin EURO V yang rendah pelepasan dan jimat bahan api sebagai standard untuk membantu syarikat bas Malaysia mencapai operasi yang mampan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply