ARKIB

KATEGORI

Tular

Lagi kes polis ‘paw’ pelancong asing RM100 untuk elak disaman, kali ini di Langkawi

Tular

Views

Belum lagi reda isu anggota polis ‘menawarkan’ saman RM100 untuk penyelesaian kes trafik kepada pelancong pasangan warga United Kingdom (UK) di Perak, kini tular rakaman video insiden seumpama itu di Langkawi.

Rakaman video berdurasi dua minit 30 saat itu memaparkan sepasang pelancong dipercayai dari negara Eropah sedang bersiar-siar dengan menunggang motosikal di pulau peranginan tersebut tanpa menyebut di mana lokasi tepat kejadian itu berlaku.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikutan itu, mereka ditahan pihak polis setelah didapati penunggang motosikal terbabit tidak memakai topi keledar manakala pemboncengnya iaitu seorang wanita memakai topi keledar.

Bagaimanapun, wajah pelaku iaitu dipercayai anggota polis yang menahan pasangan pelancong berkenaan tidak ditunjukkan namun tindakannya meminta sejumlah wang bagi mengelak penunggang itu disaman atas kesalahan trafik sempat dirakam secara sembunyi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapati video yang tular di media sosial sejak semalam telah dimuat naik di YouTube pada 10 November lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelas beliau, berdasarkan siasatan awal pelancong asing itu tidak memakai topi keledar sebelum membuat pembayaran RM100 bagi elak dibawa ke balai polis dan disaman.

Buat masa ini, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian tersebut. Pihaknya juga tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes itu dan tindakan tegas menanti mereka.

Tambah Shariman, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply