Perbuatan khianat seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Malau di Jitra sejak Ahad lalu berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman, semalam.
Menurut K! ONLINE, suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut pada pukul 1.45 tengah hari.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya mengesan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda Wave di atas jejambat seorang diri.
Katanya, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di atas jejambat dari Jalan Wang Tepus menghala Bandar Darulaman. Pemerhatian mendapati lelaki itu turun dari motosikal dan mengambil sesuatu daripada raga motosikal.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Anggota melihat gerak-geri suspek dan mengesyaki dia cuba melakukan sekali lagi perbuatan membaling batu ke arah kenderaan di lebuh raya. Polis kemudian menahan suspek dan menemui dua ketul batu di dalam raga motosikalnya.
Hasil soal siasat, suspek mendakwa melakukan perbuatan itu kerana rasa tidak puas hati dengan pemandu lori yang sering menghimpit kenderaannya sebelum ini.
Suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki tujuh rekod kes dadah dan jenayah. Setakat ini, polis menerima dua laporan kenderaan rosak akibat terkena batu yang disyaki dibaling suspek manakala pihak PLUS pula menerima sebanyak tiga laporan berkaitan kejadian sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Polis Daerah Kubang Pasu
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI