ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek baling kereta polis bantuan dengan ‘bom petrol’, turut conteng dinding hentian bas

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di Petaling Jaya, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.52 pagi tadi.

“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mohd Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki dikesan memuat naik video mendakwa bertindak membakar sebuah kenderaan polis bantuan di laman sosial TikTok.

Lelaki terbabit memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar.

Lelaki itu turut membuat hantaran ‘berpuas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje’. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tanpa Nama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply