ARKIB

KATEGORI

Tular

Perodua Alza dipanggil balik untuk ‘ketatkan semula nat penyerap hentak hadapan’, sama macam Toyota Veloz

Tular

Views

Nampaknya Perodua Alza menjadi model terbaharu selepas Vios generasi keempat (2023) dan Veloz. dipanggil balik untuk melakukan Pemeriksaan Kualiti bagi memeriksa suspensi hadapan.

Satu notis panggilan semula oleh pihak Perodua telah dikongsikan oleh salah seorang ahli group Perodua Alza D27A Malaysia bernama Pisang Cukur Pisau.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Notis tersebut menyatakan, pemeriksaan suspensi hadapan itu sahaja akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan pelanggan yang terlibat perlu membuat janji temu terlebih dahulu di mana-mana pusat servis Perodua.

Tempoh masa yang lebih lama diperlukan sekiranya ia melibatkan kerja-kerja tambahan seperti servis, pembaikan atau pemasangan aksesori.

Menurut salah seorang pemilik di ruangan komen, pemeriksaan berkenaan bagi ‘mengetatkan semula nat pada bahagian atas penyerap hentak hadapan‘ .

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Isunya sama seperti kembarnya iaitu Toyota Veloz, yang berpunca dari arahan pemasangan yang tidak betul (tidak diketatkan dengan kadar kilasan yang secukupnya).

Sekiranya kenderaan tersebut terus beroperasi dalam keadaan sedemikian, nat tersebut akan longgar serta mengeluarkan ‘bunyi pelik’ dan mungkin tercabut hingga menyebabkan kenderaan hilang kestabilan.

Perodua memaklumkan, Pemeriksaan Kualiti dan sebarang penggantian (jika perlu) akan dibuat secara percuma dan jika ada sebarang permintaan yang tidak melibatkan perkara berkenaan akan dikenakan caj seperti biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pisang Cukur Pisau

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply