ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek larikan Honda City ada rekod jenayah dan narkotik, pernah lari dari lokap

Berita Tempatan

Views

Suspek lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu, di Kuantan, kelmarin sebelum ditahan di Bentong mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek berusia 40-an ditahan di sebuah rumah di Karak, Bentong pada 12.45 tengah malam tadi.

Katanya, suspek juga pernah melarikan diri dari lokap dan baru dibebaskan pada tahun lalu. Kereta Honda City yang dilarikan ditemui di kawasan letak kereta berhampiran sebuah pasar dekat Pekan Karak, Bentong.

Ketika ditahan, tiada pergelutan kerana suspek sedang tidur dan dipercayai menceroboh masuk rumah yang dihuni pasangan suami isteri dan tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun pada 10 malam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kes (kecurian Honda City) ini selesai hasil maklum balas pantas daripada orang ramai selepas kes ini tular,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, hari ini.

Yahaya berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian itu. Katanya, nombor plat kereta itu juga ditukar untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Polis juga masih menyiasat hubungan antara suspek dan pemilik rumah terbabit kerana mendakwa tidak mengenali suspek,” katanya.

Menurutnya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, suspek juga disiasat bagi kesalahan mencuri dan penyalahgunaan dadah. “Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian 3.10 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun bersama suami, 77, dan anak perempuan, 38, yang juga pemilik kereta singgah di stesen minyak berkenaan.

Sebaik wanita itu keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan ketika ibu mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan. Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.

Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KOSMO! ONLINE dan Buletin TV3

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply