ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV Lotus bakal saingi Porsche Macan!

Views

lotus-suv-yd-2015-005

Menurut laman web www.autocar.co.uk Lotus kini sedang rancak membangunkan sebuah SUV yang bakal menjadi saingan hebat kepada Porsche Macan. Dijangkakan SUV ini bakal berada dipasaran pada tahun 2019 dan bakal meneruskan legasi tradisi nama model Lotus yang bermula dengan abjad “E”.

SUV lima pintu Lotus tersebut sedang dalam proses rekabentuk di studio rekabentuk Lotus di Hethel. Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales berkata ” SUV ini adalah Lotus yang sebenar serta bakal menjadi SUV pertama paling ringan di dunia dan akan dipasang di kilang serba baharu Lotus di tenggara China.

Pembangunan SUV ini adalah hasil tuaian pertama kerjasama tiga-hala antara Lotus, Proton dan Goldstar Heavy Industrial. Sasarannya adalah untuk mengambil kesempatan permintaan yang mendadak kenderaan segmen SUV di China, terutama sekali dalam segmen C. Pelancaran SUV ini juga menandakan fasa ketiga plan Jean-Marc Gales namun dikatakan pembangunan model tersebut telah didedahkan sejak setahun yang lalu.

lotus-suv-yd-2015-004

Dari segi rekabentuk, SUV ini akan membawa elemen rekaan sedia ada dengan olahan baharu terutama sekali jeriji baharu yang begitu sinonim dengan model Lotus pada masa lalu. Model ini bakal menggunakan struktur dalaman kerangka besi monocoque dengan bahan komposit unik dan panel badan aluminium dibahagian luar. “Model tersebut juga bakal berkongsi beberapa komponen dengan kereta Proton dan ia bukan sesuatu perkara yang pelik kerana anda akan jumpa komponen Volkswagen dalam kereta Lamborghini.” kata Gales lagi.

Tiada sebarang keputusan lagi dibuat untuk enjin model tersebut tetapi Gales berkata Lotus telah mengukukan kerjasama dengan Toyota mengenai enjin dan kotak gear untuk model yang lain. Berkemungkinan besar SUV tersebut bakal menggunakan enjin yang sama dengan enjin 1.8-liter supercharged dan enjin V6 3.5-liter. Tiada sebarang perancangan untuk versi diesel dan pada masa akan datang ia mungkin diperkenalkan dalam versi hibrid pacuan empat roda.

* Nampaknya kali ini Lotus semakin aggresif setelah jualan mereka meningkat. Kita nantikan maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

26 Comments


  • Pada pendapat saya, kalau betul lah model ni menjadi kenyataan saya rasa mungkin tiada harapan untuk rakyat Malaysia kelas pertengahan dan biasa untuk merasa jentera SUV jenama Proton.

    Pertama, ianya adalah “100% jenama buatan Lotus” sebagaimana yang dinyatakan oleh boss Lotus dan pastinya harganya dalam saingan SUV mewah – Porsche Macan, Lexus RX dan Range Rover Evoque dan yang seangkatan dengannya.

    Yang kedua ia akan dikilangkan di Negara China, jadi pastinya lingkungan harga jenama import. Pada masa yang sama tiada peluang pekerjaan baru dan kilang canggih Proton di Tanjung Malim mungkin akan terus tidak dipergunakan ke tahap maksimum.

    Amat menyedihkan. Kecuali Proton dapat membangunkan satu produk SUV pada lingkungan harga sederhana dengan mengambil formula sebagaimana Honda HRV atau Kia Sportage.


  • Jean-Marc Gales ada cakap Lotus SUV ni ada parts sharing dengan Proton..reading between the lines, nampak mcm Proton pun bakal ada SUV sendiri nampaknya..


  • “Model tersebut juga bakal berkongsi beberapa komponen dengan kereta Proton” = nampak sangat tak baca habih….. kemudian komen predict masa depan.

    Tq for producing another unproductive comment n tidak mengkaji sebelum membuat perbandingan dengan berita2 dahulu….. rancangan model baru proton utk jangkamasa 2015-2016-2017-2018-2019….. moga akan datang baca sampai habis dulu. Lihat projek2 terdahulu proton dan baru lah mengomen.

    Think positively, the company capacity and investment capital.

    Jika 1 tahun 1 model, maka proton bakal ada 5 model untuk tempoh 5 tahun ini.
    Mengikut susun atur berita / ulasan media (Proton/Lotus) :-

    (Permulaan R&D In-House)
    2000 = Waja / 340R / Elise S2 / Exige
    2001 = Juara
    2002 = Arena / Jumbuck
    2003 = Putra SE
    2004 = Gen-2
    2005 = Savvy / Europa S
    2006 = Satria Neo
    2007 = Persona / 2-Eleven
    2008 = Saga / Youngman-Lotus L1, L2 & L3
    2009 = Exora / Evora Prototype
    2010 = FL Model / Proton FIVE Concept / Lotus FIVE Concept / YL-L5 & L6 / Lotus Exos / Lotus Ethos Concept / Evora 350
    2011 = Inspira / Inspira LE / Satria Neo R3- Current Edition
    2012 = Preve / Preve LE
    2013 = Suprima S / YL-T5 Prototype
    2014 = Iriz / Evora 400 Prototype
    2015 = Saga / Perdana / 3-eleven prototype (future)
    2016 = All New Perdana / Evora 400 (future)
    2017 = New MPV Exora (future)
    2018 = SUV Proton Esfora / YL-T5 (future)
    2019 = Crossover SUV Lotus Eva (future)

    Technology acquired Proton / Lotus,

    Proton COE:-
    1) Petronas E01- 1.8i / 2.0i / 2.4i Engine Tech
    2) HPF Technology
    3) Proton Preve Hybrid
    4) Full E-Vehicle
    5) Proton REEV
    6) Proton EV
    7) E-MAS
    8) CamPro Engine
    8.1 Basic DOHC engine
    8.2 CamPro CPS and VIM engine
    8.3 CamPro IAFM engine
    8.4 Hybrid CamPro engine
    8.5 CamPro CFE engine
    8.6 CamPro VVT engine
    9) VDC Technology = All Safety Component Features Technology
    10) New Engine Y Variant – NA-FI

    Lotus Power House:-
    1) Aluminum chassis technology (APX) / Versatile Vehicle Architecture (VVA)
    2) VH Architecture Tech
    3) Lightweight Structures Tech
    4) Efficient Performance Tech
    5) Driving Dynamics Tech
    6) NVH engineering
    7) Lotus-built engine made from a Toyota-sourced block (Current use only engine block-other component are in-house built design & lotus engineering)
    8) RANGE EXTENDER ENGINE (REEV)
    9) OMNIVORE ENGINE
    10) Hybrid hydrogen powertrain
    11) EVE-Hybrid Prototype
    12) All new in-house designed Lotus V8 Engine (Unnamed)
    13) EMAS Drive train
    14) Evora 414E Hybrid Prototype
    15) Exige 265E Bio-fuel
    16) Exige 270E Tri-fuel
    17) Eco Elise

    Terlanjur kata, “bak tabur paku pada business rakan lain”. Tq.


    • sebelum cerita panjang2, apakah maknanya semua ini kepda orang Melayu?

      Seperti projek Datum Jelatek, orang asing shj yg mampu..

      Rakyat biasa menanggung harga kereta mahal, berkorban demi kesenangan Pengurus2 & CEO proton..

      sungguh tidak adil, pengorbanan marhaen (membeli kereta mahal) di sia-siakan oleh puak2 berkepentingsan


      • Sebelum anda menabur pasir, lbh baik tidak menfitnah….. kerana belum tentu untung nasib anda dan kita semua di akhirat.

        Itu perkara yg anda lihat dan diperdengarkan oleh golongan 2 yg suka memberi kritis tidak usul periksa…. lagi penting adalah telah anda semak, rujuk, pastikah kesahihan, ketulenan berita yg hendak diketengahkan, mampukah anda membezakan antara usaha memajukan diri, memaksima keupayaan R&D, pembangunan sahsiah pekerja terlatih, membangun pasaran, membina jenama, kuasa pasaran 70 % brgn import terhadap gaya hidup bernegara, daripada kemegahan semata-mata.

        Sepatutnya nilai tanggungjawab lebih penting…. iaitu membangun kuasa inhouse R&D, membangunkan sistem teknologi termaju, dll lagi…..maka semua ini akan menghasilkan pekerjaan dan kepakaran kepada masyarakat dan negara.

        Jika anda penggemar produk import dari produk bahan makanan asas, pakaian, minuman, barangan kegunaan harian, kenderaan, kelengkapan rumah, elektronik import, brangan mewah import, serta saya ucapkan terima kasih kerana menyumbang kepada kebankrapan segera negara…. setiap wang yg anda gunakan membeli barangan import akan memberi kesan dan trend kepada =
        1. menguncupkan ekonomi KDNK dengan pantas,
        2. nilai mata wang negara mengecil (krn wang keluar lebih drpd wang masuk dlm negara),
        3. Penguncupan keupayaan pembangunan R&D,
        4. Barangan teknologi inhouse breed dlm negara bakal terhapus (satu persatu bakal muflis),
        5. Negara akan berbelanja lebih untuk import makanan, krn pertanian bakal bungkus sbb kos bangunkan inhouse pertanian lbh tinggi berbanding produk pertanian luar. So ramai petani exit drpd bertani n jual segala apa yg ada utk support keluarganya sahaja atau tnh digadai utk jadi projek perumahan.
        6. Golongan pekerja lbh banyak drpd golongan mencipta teknologi/innovasi/sistem,
        7. Golongan buruh import bakal berleluasa…. krn byk sykt inhouse bungkus, dan jika mereka taknak bungkus, maka employ buruh import.
        8. Warga tempatan paling banyak menggangur, maka mereka terus diselubungi minda negatif akibat di manipulasi golongan yg inginkan huru hara negara serta berfikiran sempit (sbb naluri suvival setiap manusia).

        Jadi silalah belajar Ekonomi 101…. mikro dan makro ekonomi utk lebih faham. SILA LIHAT BAGAIMANA SISTEM EKONOMI SWITZERLAND MEMBANGUN… sebagai contoh.

        Thank you, x celcom…..for your another misleading comment….. that only sees political agenda in comment prespective. Oh lupa …..musim main politik patutlah…. ada orang komen semacam ini….takda basis langsung.

        “sebelum cerita panjang2, apakah maknanya semua ini kepda orang Melayu? Seperti projek Datum Jelatek, orang asing shj yg mampu.. Rakyat biasa menanggung harga kereta mahal, berkorban demi kesenangan Pengurus2 & CEO proton..
        sungguh tidak adil, pengorbanan marhaen (membeli kereta mahal) di sia-siakan oleh puak2 berkepentingsan”

        Jika tidak suka kepada mana2 individu atau syarikat atau organisasi terhadap tindakan mereka, maka adulah kegusaran minda anda tersebut kepada MYCC, SPRM, KDPNKK, Tribunal Tuntutan Pengguna, Peguam Sukaguam, Mahkamah, Jab Bantuan Guaman dan Polis serta agensi berkaitan. Agensi 2 ini akan audit management, financial, loss n profit, production n sales record, dan cashflow record confidentially or searching any other problem rise by recognized informer…… mereka yang anda tuduh ini telah termaktub dlm undang2 negara. Maka kalau tidak suka atau didapati melanggar undang2….. buat aduan lengkap yang berhemah dan berhikmah dalam menyuarakan hak anda.

        Jangan jadi rakyat hakim negara yg tidak berpendidikan…. cth: ” saya ada dengar dia cakap macam ini, macam itu….. jumpa kawan lain ckp juga benda sama dan tidak usul periksa…. lepas tu sebar lagi di internet tanpa usul periksa.”. Ini adalah sifat golongan baling batu, lepas tangan adalah golongan ini boleh disifatkan sebagai tidak jujur, duri dlm daging dan penakut. Jika anda telah ada bukti sahih dqn tulen, sila buatlah aduan….. kepada agensi2 berkanun diatas.

        Again, terima kasih….. kerana menyuntik sifat kemarahan kaum dalam membalas komen. Ini semacam mahu “Just to relate the different story with one issue especially to the malay supaya berpecah kesatuan, memecah minda progressive msykt kepada sahsiah adu domba, menjadi pak turut kpd berita palsu/gosip semata, menyemai benih membenci kod manusia lain…..tqpi pelik kenapa kepada syarikat ini sahaja nak bambu, syarikat lain spt genting, KK Group, Usahategas, HLG group, IOI, AMC Group, Berjaya, YTL, Sapura Group….. taknak masukkan sekali? ”

        Simple, jika tidak suka jgn beli….itu sahaja.

        Jangan jadi tidak jujur dan menggalak ramai org berfikiran negatif seperti anda. Sifat menabur pasir ini telah lama berlaku sejak daripada zaman Nabi Adam dam Hawa lagi. Berkelahi sesama manusia, sesama agama, sesama masyarakat dan sesama ahli dlm negara. Tidakkah anda telah di ingatkan dengan kisah2 teladan terdahulu didalam kitab2-Nya.

        Anda macam nak ulangi semula sejarah….

        JADI MARILAH KITA MENJADI GOLONGAN YANG TEGUH PEGANGAN YANG LIMA, DAN MENGAMALKAN YANG ENAM. KHAS UNTUK GOLONGAN YANG JELAS HATINYA.


        • panjang cerita hang?

          Harga kereta Mesia mahal, cukai tak munasabah..

          kenapa tak murahkan harga Proton & haramkan import..

          Melayu banyak membuang duit untuk beli kereta, walhal boleh beli rumah jika harga proton murah..

          tak mampu buat sendiri, kenapa tak buat usahasama.

          lain orang tak bising2 menjaja simpati bisnes jadi jugak,
          kalau penutup minyak, tingkap sangkut jual mahal- mana rakyat tak bising..


          • Mmm… yg mahal tu cukai eksais. Kalau cukai nie tiada mmg beruntung la secara teorinya utk pengguna. Tapi negara akan hilang sumber pendaptan terbesar. Nanti kena la tarik dari sumber lain yg lagi x relevan. Akhirnya kena balik gak kat pengguna khususnya rakyat. Selain itu, cukai tinggi yg dikenakan sejak 1980an tu juga bagi mengimbangi import petrol yg tinggi tika itu. Mmg la kita negara pengeluar minyak, Tapi x diiktiraf oleh OPEC pun kerana nilai import petrol lebih tinggi drp nilai export.

            Kereta keluaran proton dah dikira murah tu mengikut segmentnya. Cuma ko nk ia lagi murah kn? Saga SV tu pun ko akan kata mahal kn? Walau profit margin prootn RM500 jer sebuah. Ko nk murah sampai proton untung berapa lagi? Ko ingat proton company welfare?:P

            Haram kn import?.. Amboi sedapnya cakap. Ko nie kalau jadi menteri, tentu x mesra pelabur, x fikir panjang, Dah tentu xde negara yg nk buat biz dgn negara kita. Kalau nk jadi mcm negara sosialis korea utara bleh ar, Amalkn sistem tertutup:P

            Apa2 pun nk beli sesuatu ikut la keperluan n kemampuan. Ukur baju di badan sendiri – kain nanti x rosak, badan pun x merana…x gitu?:P X yah mention melayu la, umumnya begitu.

            Kalau x dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya… Company nasional seperti proton bleh buat sendiri. Cuma org kita jer yg pesimis n x ramai rasa bangga seperti mana org Korea n jepun membantu secara moral company negara mereka sendiri. Mereka meletakkan harapan dan melihat masa depan yg gemilang, tapi sorry to say, org kita dok sibuk mencari salah dikalangan mereka dan memperbesar2kan perkara yg kecil. Condemn, bukan ada niat n hasrat membina pun. x gitu?:P

            X payah la guna alasan usahasama la, kena multi racial la bla bla bla… kalau niat sebenar nk campur tangan n menguasai. So, u proud dgn Perodua company nasional yg kini adalah anak syarikat Daihatsu/Toyota? Asalnya usahasama; pastu minta diberi kelonggaran kat milikan share, pastu?… seb baik la dulu prootn usahasama dgn mitsubishi hanya setakat teknikal jer.

            Walau dikata kereta mahal disebabkn cukai, hakikatnya, lebih 650,000 TIV jualan kereta baru M’sia setahun. Kalau ikutkan kalau mahal x mampu beli, x yah la beli. Tapi mgkin kperluan, beli jer yg termampu. Second hand pun jadi laa. Tapi org kita… nk berlagak kena la yg baru-biru ye tak? Biar papee asal bergayee…:P. Tu lah… yg bising2 pun org kita… org lain tepuk tangan n melihat di mana peluang perniagaan yg bleh diambil di atas ‘kebisingan’ tu… cian kn org kita?

            Cheers!


          • Kepada x celcom, samaada anda didalam agama-Nya atau golongan bukan beriman dgn syariat…….

            DIDOAKAN Semoga anda diberi hidayah-Nya dan dibukakan hati “x celcom” supaya nampak perkara tersurat dan tersirat.

            Moga Tuhan menjadikan anda seorang yang mengenali apa itu sumber maklumat sahih yang tulen sebagai tunjang dan modal perbincangannya.

            Carilah maklumat2 cukai eksais dan kastam tu di laman web agensi terlibat….. kedangkalkan hujah anda mencerminkan tahap pendidikan dan pembacaan anda di tahap teramat rendah. Jangan asyik baca akhbar online, dan akhbar fizikal sahaja….. kerana banyak politik berbanding kemajuan teknologi dan pencapaian terkini dalam industri.

            Untuk menjadi golongan berilmu, seseorang itu perlu juga pandai mengkaji, mentelaah dan merujuk sumber2 penerbitan lain seperti:
            1. laporan tahunan cukai eksais,
            2. laporan bulanan MAA n MAI,
            3. laporan kajian MIDA, 
            4. laporan kajian MATRADE,
            5. laporan cukai kastam,
            6. laporan business trend pasaran kenderaan,
            7. majalah2 teknologi kereta keluaran syarikat terkemuka kereta seperti :
            7.1 e-newsletter Peugeot,
            7.2 proActive magazine,
            7.3 Fleet Newsletter
            7.4 World of Toyota,
            7.5 Giugiaro news
            7.6 GisMag
            7.7 BMW Stories n BMWTv
            7.8 On The Move
            7.9 Kia E-Newsletter
            7.10 Get Connected Chrysler
            7.11 Ford Impact
            7.12 Nissan Innovation
            7.13 World of Bentley
            7.14 VW Moving Progress
            7.15 VIAVISION
            7.16 AM Magazine
            7.17 Total Vauxhall
            7.18 Opel EMagazine
            7.19 The Magazine by RR
            7.20 LowTechMagazine
            7.21 McLaren Applied Technologies
            8. Buku ilmiah journal teknologi
            9. Buku teks teknologi kereta

            Kajilah bagaimana kereta di buat, apakah input2 terlibat dlm pembikinan sebuah kereta, apakah teknologi yang dibangunkan, kepintaran kemahiran pakar staf2 syarikat terlibat yang terbina drpd lstiqamah latihan dan arah hala tuju manusia yg berkerja di syarikat tersebut.

            JANGAN HANYA LIHAT KEPADA KEMEGAHAN SEMATA-MATA…. kerana ia bersifat luaran sahaja. Telah banyak brand yg merniaga atas dasar kemegahan dan akhirnya bungkus.

            Tapi KEMEGAHAN BRAND JUGA tidak dinafikan amat perlu bagi kelangsungan pasaran business dan hendaklah di asaskan kepada kejituan produk dalam pembikinan. Positif dalam segala tindakannya…… memang akan ada persepsi hasil daripada kesan produk dahulu mereka, tapi ia bakal hilang dan berubah setelah mereka merasai pengalaman test drive sendiri… rnd penggunaan kereta di litar lumba, rally, dan sebagainya.

            MAKA ITU LAH YANG SEDANG DILAKUKAN OLEH COMPANY KERETA KITA.

            Tq kerana anda sedang berkempen. KAMI FAHAM SITUASI X CELCOM SEDANG KECELARUAN MINDA. JADI BANYAKKAN ZIKIR DAN MELIHAT LANSKAP BUMI HIJAU….MUnGKIN INI AKAN MEREDAKAN SIFAT NEGATIF DALAM DIRI ANDA..


      • malas nak cakap banyak.. aku bagi kesimpulan mudah je utk x celcom..

        kau ada anak.. kau sendiri sara anak kau, bagi pakai cantik cantik..kasi makan gemuk gemuk,,..

        tapi kau lupa.. kau tak hantar dia ke sekolah.. tak bagi dia belajar.. tak bagi dia ilmu.. tak bagi dia pengalaman.. tak bagi dia bergaul..

        bila kau mati nanti.. anak kau akan hilang segala galanya,. betul tak?? . itu jer.. harap kau boleh pikir…


    • Kereta Prototype (Yang tak boleh jual), kereta facelift, kereta lotus, kereta youngman tidak dikira sebagai model baru proton dan tak sepatutnya masuk dalam list satu tahun satu model.


      • “Model tersebut juga bakal berkongsi beberapa komponen dengan kereta Proton” = nampak sangat tak baca habih….. kemudian komen predict masa depan.”

        Share komponen bukan bererti share kereta. Lotus mungkin akan share lampu iriz atau signal persona. Tak bererti SUV lotus cuma bleh share komponen ngan suv proton sahaja.


      • Investment daripada satu company, tapi tidak boleh declare……. pelik bin ajaib macam ini….. Sbb kan MrDDR ini bukan nama sebenar, maka bolehlah kita jadikan ia sebagai teladan…..

        Company tu memanglah tak declare, kerana ianya adalah rahsia syarikat…… jika pecah amanah, maka sedia masuk penjara lah. LOGIK DEK AKAL, dan YANG TIDAK LOGIKNYA …….. CERITA DISEBALIKNYA BOLEH WUJUD DAN ITU SANGAT PELIK.

        Sebagai golongan yang melihat secara daripada luaran…… maka rujuklah, tulislah berdasarkan fakta samaada zahir – dapat dilihat nyata n tersurat atau batin – tidak dapat dilihat nyata kerana mengandungi maksud tersirat.

        ====================================
        REALITI NYA……..

        Kereta Prototype =

        Dari segi istilah = “PROTOTYPE” = An early sample, model, or release of a product built to test a concept or process or to act as a thing to be replicated or learned from. It is a term used in a variety of contexts, including semantics, design, electronics, and software programming. A prototype is designed to test and try a new design to enhance precision by system analysts and users. Prototyping serves to provide specifications for a real, working system rather than a theoretical one. In some workflow models, creating a prototype (a process sometimes called materialization) is the step between the formalization and the evaluation of an idea.

        Untuk general knowledge rujuk……….http://en.wikipedia.org/wiki/Prototype

        Untuk automotif industry rujuk ini…..https://www.solidconcepts.com/industries/automotive-prototyping/

        Kereta Facelift

        Dari segi istilah = “Penambahbaikan” = An automotive facelift (also known as mid-generational refresh, minor model change or minor model update, life cycle impulse for BMW) comprises changes to a car’s styling during its production run – including, to highly variable degree, new sheetmetal, interior design elements or mechanical changes – allowing a carmaker to freshen a model without complete redesign. A facelift retains the basic styling and platform of the car, with aesthetic alterations, e.g., changes to the front fascia (grille, headlights), taillights, bumpers, instrument panel and center console, and various body or interior trim accessories. Mechanical changes may or may not occur concurrently with the facelift (e.g., changes to the engine, suspension or transmission). A facelift may also include a change to the vehicle’s name; such was the case when Ford renamed their Five Hundred model to be their Ford Taurus in 2008. Facelifts have occurred in some automobiles when halogen headlamps are switched from reflector to projector optics, but in other cases some have been stayed with reflector or projector optics till the end of production lifespan.

        Untuk general knowledge rujuk…….http://en.wikipedia.org/wiki/Facelift_%28automotive%29

        Kereta Lotus

        Dari segi fakta = “INI ANAK SYARIKAT, BUKAN ANAK TIRI” = Investment datang daripada sumber yang sama. Maka fikirlah secara hak…… dan bukan nya batil.

        Kereta Youngman-Lotus

        Dari segi fakta = “INVESTMENT JOINT VENTURE, SO OCCUR COST SHARING” = Technology sharing ie. platform, whole body complete built, component design, building new model, new facelift, new redesign, dan lain-lain.

        TERIMA KASIH KERANA MENCARI KEBURUKAN DAN KEKURANGAN ORANG / MANUSIA / ORGANISASI AKA TERDIRI DRPD MANUSIA BEKERJA/ KOMUNITI / KUMPULAN YANG DI KEJI TADI…….

        SAYA RASA SUDAH TENTU MEREKA FAHAM, DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI, KUALITI KERJA, DAN AMALAN NILAI MURNI KE DALAM KELUARGA MEREKA, SAMAADA ORGANIZASI ATAU PERIBADI MEREKA.

        JOM SEMBANG POSITIF.


      • Azc….. Ok you nak jual semua silakan….

        Kalau bukan untuk jual kereta tuh than nak buat apa? Nak buat perhiasan saja kah? Mana nak datang untung kalau tak jual?

        Encik Sober

        TERIMA KASIH KERANA MENCARI KEBURUKAN DAN KEKURANGAN ORANG / MANUSIA / ORGANISASI AKA TERDIRI DRPD MANUSIA BEKERJA/ KOMUNITI / KUMPULAN YANG DI KEJI TADI…….

        BAca komen saya kat atas pastuh compare dengan ayat saudara. Ada kena mengena dak? Jangan dok bagi teori sendiri pastuh percaya habis teori yang dibuat tadik. Pernah tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah?
        Musalman anak Kak limah pergi bercuti panjat gunung kinabalu. Pak Abu kata buat apa panjat gunung nanti jatuh…bla bla bla semua pakat buat teori sendri pastuh end up pak jabit kata ” Jangan Percaya si hussin nih. Mana ada hantu bawak proton saga”.

        Inilah melayu sekarang cepat terasa pastuh buat teori sendri pastuh percaya habis than salahkan orang lain plak. Pandai Mamat Khalid buat Filem. Nampak bersahaja tapi dalam maknanya.

        Komen saya kat atas ada ka mencari buruk orang lain? persoalan saya senang

        1. Apakah maksud konsep “Satu Tahun Satu Model”? Adakah model yang belum production ready sudah termasuk dalam satu model satu tahun?
        2. Adakah model Lotus dan youngman dikira sebagai model proton? Jika demikian maka lotus evora bolehlah dipanggil Proton Evora. Proton Elise, Proton L5?
        3. “Sebagai golongan yang melihat secara daripada luaran…… maka rujuklah, tulislah berdasarkan fakta samaada zahir – dapat dilihat nyata n tersurat atau batin – tidak dapat dilihat nyata kerana mengandungi maksud tersirat.”….. Adakah komen saya bahawa Lotus mungkin akan share lampu iriz atau signal persona dan Tak bererti SUV lotus cuma bleh share komponen ngan suv proton sahaja adalah tidak masuk akal? Awak menyangkal mungkin kerana awak adalah orang dalam. Tapi dengan penyangkalan awak membuktikan Proton tengah buat SUV. Adakah itu bermaksud anda dah pecah amanah?

        Encik Sober,

        Bersangka baik adalah salah satu daripada ajaran Islam.


        • Langsung tak terasa…. sebab segala percakapan, penulisan, perbuatan dan niat (goals) akan direkod dan dinilai oleh-Nya. Segala kegusaran anda itu telah dijawab dan tertera di komen2 diatas. Kenapa tanya berulang kali ini …. saya bukan org dlm…… sbb wujud perkataan ” if” dan “mungkin” dan “atau”. Ingat bagaimana zaman Rasul kita memajukan minda hati terlebih dahulu, dakwah secara terbuka, dan menyinari minda dgn ilmu.

          MAKA berita adalah suatu ilmu, maka ilmu itu dikumpul dan dikaji dan dinilaikan, kemudian dipisahkan antara berita sampah (inert news), berita berkualiti (quality news = with indicator criteria), dan berita tiada kualiti (low quality news = prediction news). Kemudian disenaraikan semua isi kandungannya dlm bentuk checklist dan dibuat perbandingan kesahihannya.

          Mari kita profesional dlm berhujah.

          Juga dah dikenalpasti, alahai…. boleh mengucap syahadah rupanya. Walau telah diingatkan berkali2 tapi nak jugak ….. jom membaca sampai tamat iaitu hingga memahami maksud tersurat dan tersirat.

          DIDOAKAN supaya apa yg anda tidak nampak akan jadi nampak, apa yg anda dok sebok juga dgn tabiat itu dijadikan suci jernih, dan keinginan mahu lagi sembang negatif tukar kepada positif yang berilmu dan semoga anda beroleh ilmu dengan menggunakan kedua-dua kaedah iaitu aqli dan naqli…

          Jadi mari baca semua berita dan kemudian buat kajian terperinci dan penilaian perbandingan…. semak kaedah yg diaplikasikan dan sistem yg mereka gunakan. Secara kaedah saintifik buatlah perbandingan terperinci jika sesuatu berita sampai di depan online tab/telefon pintar/surat khabar/cakap2 gosip oleh penyampai berita tersebut.

          Saya mencadangkan anda belajar lagi dengan lebih mendalam dan fitnah akhir zaman adalah datang drpd golongan yg tidak membaca, tidak mentelaah, tidak mengkaji dan tidak mendalami secara khusus serta tidak melihat melalui kepakaran diri. Anda boleh rujuk

          jadi kita sembang kat akhirat je jom. Untung nasib saya di sana dan awak juga.

          Didoakan supaya anda tidak berfikiran negatif, di tiupkan sifat mahmudah, dibuka mata hatinya, dihindar daripada mudah terpedaya, di murah kan rezekinya dan didoakan supaya syarikat tersebut berkembang dengan jayanya. Fitnah tidak akan kemana…. fitnah ini akan menjadi barah bagi hati yang telah hitam….. maka mari kita sama2 beringat.

          Indikator iman dan amalan kita semua sedang di nilai oleh-Nya. Ada dua angel di kiri dan kanan sedang audit perihal kita semua dan sedang direkodkan.

          Jom muhasabah diri dulu sebelum menabur pasir dalam diri sendiri/ individu/kumpulan/bangsa/organisasi yg punyai golongan pekerja/agama/masyarakat/negara samaada mereka baik atau buruk. Jangan manzalimi diri kita semua dengan ideologi dan dakyah negatif yang menyemakkan minda cerdas yg progresif.


          • Setiap hari ada sahaja cerita baru ttg aliance company ni…. kt online dan baca sendiri lah. Banyak kerja lain. Cerita hantu xboleh dijadikan contoh sebab ia bukan sumber berkualiti. Ia lebih kepada prediction dan inert.

            Jadi jom sembang positif…. dan membaca bahan2 berilmu.

            Nak menang juga ye lah… MrDDR menang. Yey.

            55% dulu, sekarang dh jadi 50% je yg tinggal dan ramai dh kecundang nilai…. Jadi fikir2 kanlah. Macam teladan kisah2 terdahulu pula antara Nabi Musa dan kaumnya.


        • Ini adalah analoginya….

          If jadikan gosip sbg makanan dan disebar, maka minda mati dan penerima sesat.

          If jadikan ilmu berguna sbg makanan dan disebar, maka minda berkembang dan penerima cemerlang.

          If jadikan aqli dan naqli secara bersama, maka menambah takwa.

          JOM SEMBANG POSITIF

          kerana ia adalah tanggungjawab semua.


          • Tq MrDDR, terima kasih dan puji lah Tuhan Maha Esa. Moga anda menjadi orang yang menjaga hasad dalam dirinya dan melembutkan kedengkian hati dengan zikir….. maka teruskan usaha sembang positif kerana pada awalnya memang susah.

            Bersangka baik itu mesti, tapi jangan memfintah… menyemarak gosip / fitnah / benda yang belum wujud dan seangkatan dengannya kerana ia adalah dosa terkumpul.

            Nak kritis p lah ke compeny tu yg sangat diminati dalam setiap perbincangan / komen anda dan buatlah lawatan sambil belajar, sejurus itu tanya lah mereka sendiri. Jgn kita mencari gosip tidak berasas dan menjadi penyemarak api perbalahan.

            Sembang gosip / fitnah / penyemarak api perbalahan / dll kat akhirat sahaja.


  • Terima kasih encik Sober kerana berkongsi dengan kami perancangan penuh masa depan Proton secara jelas dan ringkas. Saya berdoa semoga tidak akan ada sebarang masalah dalam pelan dan tindakan Proton dalam mencapai kesemua target sebagaimana yang dirangka, dan kembali menjadi pengeluar kereta nombor satu Malaysia.

    Hasrat seluruh rakyat Malaysia supaya jenama dan produk Proton terus maju dan menjadi peneraju teknologi pemotoran di Asia dan seluruh dunia. Pada masa yang sama diharap Proton tidak akan sesekali melupakan golongan yang paling banyak menyokong dan menyumbang kepada pembangunan jenama Proton iaitu golongan pertengahan rakyat Malaysia yang menjadi pembeli kereta keluaran Proton sejak pertama kali diperkenalkan sehingga kini. Salah satu caranya ialah dengan menawarkan produk yang diingini pembeli pada harga yang mampu dimiliki serta jaminan kualiti yang tidak akan lagi mengecewakan pembeli.

    Terima kasih.
    Semoga Proton terus maju.


  • Betul tu…… biasanya org yg berfikiran positif akan di tekan dan dikerah sampai dia quit drpd tugasnya.

    Dah banyak berlaku benda2 mcm ini…. manusia memang tidak sedar dan kurang bermuhasabah.


  • Ape yg korang mengarut kt sini ni.nk kaji2 ape kebende nye.dlm kompeni dh ade designer,engineers,finance person.org2 ni buat ape?org2 ni la yg kene kaji.kami nk beli kereta je.dh kalu kereta tu berpuluh tahun pun kualiti masih so so pahtu nk suruh org kaji mcm mane pyh buat kereta.kalau dh rase pyh,xleh terima kutukan,buat la kerja lain.tak kan semua org kene jd designer kereta dulu baru boleh komen2 kt sini.mengarut betul


    • Mmm… sapa2 pun bleh komen kat sini. Kaji kat sini maksudnya bila komen/cakap/tulis/kutuk bukan secara sembrono, atau lebih mendalam lagi guna akai yg lebih waras n reliable n logik dan tidak berdasarkn kpd persepsi semata2.

      Cheers!


    • Teruskan lah niat anda tu…..janji baca sampai habis dan lihat isi tersurat dan tersirat. Ini kerana bukan kami pun yang audit segala percakapan (mind), penulisan (skills), perbuatan (attitude), amal (practice) dan niat (goals) akan direkod dan dinilai oleh-Nya.

      Selagi banyak pahala free boleh dipungut, maka jom komen positif menggunakan aqli dan naqli. Sungguh tidak disangka ia semudah ini utk dptkannya…

Leave a Reply