ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes ICU di bawah 50 peratus perlu jadi indikator sebelum boleh rentas negeri – Pakar

Berita Tempatan

Views

Kadar kema­sukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di bawah 50 peratus perlu dijadikan sebagai salah satu indikator sebelum aktiviti merentas negeri dibenarkan.

K! ONLINE melaporkan, pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya. Dr. Yahya Mat Arip berkata, kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan katil ICU ketika ini masing-masing merekodkan 69.4 peratus dan 69.2 peratus.

Katanya, kerajaan meletakkan 90 peratus populasi dewasa sebagai sasaran membenarkan rentas negeri dan beliau rasa tidak mustahil sasaran tersebut berjaya dicapai (dalam tempoh dua minggu lagi).

Bagaimanapun, beliau berpendapat sasaran 90 peratus populasi dewasa tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu-satunya indikator untuk membenarkan rentas negeri.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Tambah beliau, kita perlu berhati-hati dengan dua perkara iaitu, kemungkinan kemunculan varian baharu dan golongan be­risiko tinggi seperti kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang baharu mula menerima vaksinasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan selepas kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

Dalam pada itu, Yahya bersetuju kes Covid-19 semakin menurun adalah hasil keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi yang mewujudkan perlin­dungan imuniti.

Menurut beliau, keadaan itu dapat dilihat dengan pengurangan kes jangkitan melibatkan semua kategori dan juga jumlah kes kematian sebenar.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ujarnya, lebih tinggi liputan vaksinasi, lebih baik perlindungan imuniti diterjemahkan. Perlindungan imuniti ini akan terbentuk secara perlahan-lahan dan akan mengambil sedikit masa.

Pensyarah Kanan Program Mikrobiologi Institut Sains Bio­logi Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Dr. Jasmine Elanie Khairat turut berpandangan penurunan kes jangkitan Covid-19 hasil kombinasi program vaksinasi dan intervensi bukan farmakologi yang berterusan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kuarantin dan isolasi.

Menurut beliau, selepas program vaksinasi menunjukkan ke­jayaan, kini menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mematuhi SOP terutama apabila ren­tas negeri mungkin dibenarkan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kesihatan & Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Noran Naqiah Hairi menasihati orang ramai supaya terus mengambil serius tentang kepen­tingan SOP selepas rentas negeri dibenarkan.

Menurut beliau, kes jangkitan yang semakin menurun dan kelonggaran akan diberikan untuk merentas negeri tidak bermakna kadar jangkitan tidak boleh me­ningkat semula. Ini pernah berlaku di negara lain termasuk Singapura apabila kadar jangkitan di negara itu naik semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply