ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia lancar tiga model baharu 10 Mac ini!

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, penantian para peminat jenama Suzuki bakal berakhir! Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Suzuki Malaysia mengumumkan yang mereka bakal melancarkan tiga model baharu pada 10 Mac 2022 (Khamis) ini.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Pelancaran model Raider R150Fi, GSX-R150 dan GSX-S150 akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada jam 11.00 pagi. Ini bermakna tinggal dua hari sahaja lagi ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Dalam artikel terdahulu, Suzuki Malaysia memberikan petunjuk awal mengenai harga ketiga-tiga model berkenaan:

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

  • Suzuki Raider R150Fi – Harga bermula dari RM8,XXX.00
  • Suzuki GSX-S150 – Harga bermula dari RM10,XXX.00
  • Suzuki GSX-R150 – Harga bermula dari RM11,XXX.00

Bagi yang berminat ketiga-tiga model ini, anda boleh mendaftarkan minat menerusi pautan ini. Selain itu, mereka yang berminat juga boleh mengunjungi wakil sah penjual motosikal Suzuki yang berhampiran atau melayari www.suzuki.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suzuki Malaysia

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply