ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota teruskan momentum positif pada bulan Februari

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota terus memperlihatkan prestasi positif pada bulan Februari dengan penghantaran sebanyak 6,366 unit Toyota dan 66 unit Lexus. Ia merupakan peningkatan yang ketara sebanyak 27 peratus berbanding hanya 5,026 unit Toyota dan 48 unit Lexus pada bulan yang sama tahun lalu.

Jenama bukan-nasional No.1 itu optimis bagi tahun 2022 menerusi promosi bulan Mac yang kini sedang berlangsung dengan menawarkan faedah nilai tambah bernilai RM4,000, menerusi model terlaris Toyota iaitu Vios dan Yaris, selain pelancaran model baharu.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Bulan lalu, UMW Toyota Motor telah melancarkan Toyota Camry facelift. Model yang dijana enjin 2.5 Dynamic Force ini dipadankan dengan transmisi 8-Kelajuan Automatik Direct Shift.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pihaknya menghargai sokongan para pelanggan dan yakin warga Malaysia akan terus memilih Toyota sebagai ‘rakan perjalanan’ mereka.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Pada bulan Februari, UMW Toyota Motor turut menganjurkan beberapa inisiatif untuk komuniti, antaranya sumbangan bernilai RM140,000 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerusi pembelian Mesin Ultrasound Doppler Digital.

Selain itu, tiga kanak-kanak yang muncul pemenang dalam pertandingan peringkat kebangsaan akan mewakili negara dalam The Dream Car Art Contest di Jepun.

UMW Toyota turut melancarkan outlet 2S dengan perkhidmatan Badan dan Cat di Skudai, Johor dengan kerjasama Super Evergreen (Nusajaya) Sdn Bhd bagi menampung peningkatan pelanggan Toyota di negeri tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply