ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia lancar ‘trio’ model baharu GSX-S1000GX, GSX-8R dan V-Strom 800 di Malaysia Autoshow 2024 – Harga bermula dari 53,800

Berita Tempatan

Views

Suzuki Malaysia ‘menghangatkan’ pentas pameran Malaysia Autoshow 2024 dengan melancarkan trio model motosikal yang paling dinanti-nantikan tahun ini di MAEPS Serdang, semalam.

Tiga model tersebut adalah Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R dan Suzuki V-Strom 800, yang kesemuanya akan dilancarkan secara berperingkat di sepanjang tahun ini.

Berikut adalah senarai harga model-model tersebut (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans):

  • Suzuki GSX-S1000GX: RM89,900
  • Suzuki GSX-8R: RM 53,800
  • Suzuki V-Strom 800: RM 54,800

Mendahului barisan pengenalan model baru Suzuki di pameran Malaysia Autoshow 2024 kali ini adalah Suzuki GSX-S1000GX, yang digelar sebagai ‘The Supreme Sport Crossover‘.

Diiktiraf di peringkat global oleh pengamal media automotif kerana memiliki himpunan estetika sebuah motosikal superbike dan kembara yang agresif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuannya mengharungi perjalanan dan pengembaraan jauh.

Meskipun ia adalah sebahagian daripada siri terkenal Suzuki GSX-S, motosikal ini adalah sebuah model kembara yang sangat berbeza serta unik dengan pengenalan ciri-ciri baharu seperti penawaran kecekapan suspensi, keselesaan posisi tunggangan serta perincian bantuan elektronik yang canggih.

Tetapan suspensi motosikal ini juga memastikan keselesaan pengendalian dalam situasi selekoh mencabar dalam medan laluan perjalanan yang lasak.

Model kedua adalah Suzuki GSX-8R yang digelar sebagai sebuah mesin ‘Era Baharu Sportbike’. Ia dikuasakan oleh enjin generasi baharu 776cm³ DOHC jenis engkol 270-darjah kembar-selari.

Direka untuk ketangkasan dengan kawalan tunggangan agresif kepada pengendalinya, motosikal ini sempurna untuk kegunaan di dalam bandar dan juga memberikan keyakinan tunggangan jarak jauh.

Melengkapkan trio di acara ini adalah Suzuki V-Strom 800, sebuah model segmen kembara Suzuki yang dikenali sebagai kembar kepada V Strom 800DE yang diperkenalkan pada sebelum ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model kembara yang didatangkan dengan tayar tanpa tiub ini dikuasakan oleh enjin kembar selari 776cm³ yang menawarkan kuasa yang dinamik, kendalian yang mudah dikawal dan keselesaan posisi di pelana tempat duduk.

Selain penampilan isitimewa GSX-S1000GX, GSX-8R, dan V-Strom 800, Suzuki Malaysia turut mempamerkan beberapa model lain antaranya Hayabusa, V-Strom 1050, 800DE, 1050RR, 250SX, dan siri GSX, termasuk GSX-S1000GT, GSX-8S, Gixxer 250, Gixxer SF250, dan GSX-S150.

Raider R150Fi dan skuter baru yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Burgman Street 125EX dan Avenis 125, juga dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Lebih istimewa di Malaysia Autoshow kali ini, Suzuki Malaysia menawarkan sesi pengalaman tunggang uji khas buat semua pengunjung berdaftar ke pameran ini.

Sesi yang dikhaskan pada hari Sabtu, 25 Mei, dan Ahad, 26 Mei 2024, membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman istimewa menunggang motosikal Suzuki di kawasan yang telah disediakan oleh penganjur.

Reruai pameran Suzuki Malaysia dan kesemua model motosikal yang dinyatakan berada di Dewan D (Tapak D14 & D17) di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply