ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan laksana subsidi diesel bersasar, Sabah Sarawak terkecuali

Berita Tempatan

Views

Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebagai permulaan, langkah itu tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Katanya, pengecualian itu diberi kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Di Semenanjung, bagi mengurangkan kenaikan mendadak harga barang, kita menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), termasuk bas, teksi dan bot nelayan tertentu.

“Bagi golongan B40 dan M40 yang menggunakan kemudahan diesel untuk perniagaan kecil atau bidang pertanian, perlombongan, penternakan atau nelayan, (mereka) akan terus dibantu. Maknanya, mereka tidak terkesan daripada kenaikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel itu juga tidak membabitkan golongan T20 serta 3.8 juta warga asing.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Saya ingin tegaskan, kita naikkan (penyasaram subsidi) tapi tidak bebankan rakyat. Kita naikkan kesannya kepada golongan maha kaya dan orang asing.

“Kalau ada rakyat yang terbeban menggunakan diesel, ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan atau kementerian berkaitan supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi diesel itu hanya memberi kesan kepada golongan kaya dan warga asing serta tidak membebankan rakyat,” katanya.

Anwar memberi jaminan kebajikan rakyat akan terus terpelihara dalam menangani kos sara hidup.

“Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil. “Bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply