ARKIB

KATEGORI

Info

Dron teknologi nano berkuasa hidrogen ciptaan anak Malaysia sedang memasuki fasa pengeluaran

Info

Views

Anda masih ingat lagi tak kisah kejayaan syarikat tempatan yang tersenarai dalam 13 pemain utama dalam pasaran ‘enjin roket cecair’ global yang telah disenaraikan oleh portal Hitechnewsdaily.com? Kali ini menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebooknya, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat Independence-X Aerospace, Izmin Yamir memaklumkan dron dengan teknologi nano rekaan dan buatan Malaysia kini sedang memasuki fasa pengeluaran.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Dron ‘pelepasan dan pendaratan secara menegak (VTOL)’ dengan sayap kekal ini dikuasakan oleh bahan bakar hidrogen dan bakal terbang di ruang udara Asia Tenggara mulai tahun depan (2021). Menurut hantaran ringkas tersebut, dron ini mempunyai keupayaan penerbangan ketahanan tinggi dengan komunikasi satelit tanpa gangguan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Dron model ReGiD Mk3 (Report Generating Drone) ini dikatakan mampu melakukan beberapa tugasan seperti pemetaan, pengawasan, membawa muatan dan juga sebagai platform pelancaran roket. Ia dihasilkan oleh syarikat anak tempatan iaitu, Pulsar UAV yang berpangkalan di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan. Untuk pengetahuan anda, Izmin Yamir juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izmin Yamir

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply