ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerayawara ‘HAVAL Rocks The Town’ Tour bermula!

Views

Jerayawara ‘HAVAL Rocks The Town’ Tour untuk kawasan tengah telah dilancarkan semalam bertempat AEON Mall, Shah Alam oleh Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia. Acara ini juga adalah sebahagian daripada Kempen REIMAGINE dari syarikat tersebut.

HAVAL Rocks The Town adalah suatu inisiatif untuk jenama tersebut lebih dekat dengan rakyat Malaysia di mana HAVAL Malaysia akan mempertontonkan model SUV keluarannya selain pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Acara di Shah Alam dimeriahkan lagi dengan kemunculan istimewa selebriti tempatan Aedy Ashraf – yang baharu sahaja dilantik sebagai ikon media sosial untuk Haval H1 dan Rozita Che Wan – duta model Haval H2.

Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto Group berkata, kempen REIMAGINE bermula dengan jerayawara HAVAL Rocks The Town minggu lalu di mana krew syarikat yang dikenali Haval Hollerz menjelajah di sekitar jalan raya Kuala Lumpur dan mengadakah aktiviti menyeronokkan dengan orang awam menerusi pertandingan karaoke di H2 dan pada masa yang sama juga boleh melihat dengan lebih dekat lagi model H1 dan H2.

Antara aktiviti menarik lain di jerayawara HAVAL Rocks The Town termasuklah:

  • Catch the Haval Hollerz – pertandingan foto.
  • Haval Carocks – pertandingan karaoke di mana peserta perlu memuatnaik video menerusi Instragram dan Facebook, dan mereka yang mendapat paling banyak ‘like’ akan berpeluang menjadi pemenang bulanan.
  • Haval Movez – pertandingan tarian yangterbuka kepada peminat tarian dan semua peserta boleh menyertainya sebagai sebuah kumpulan atau secara solo yang akan diadakan di pusat membeli-belah semasa jerayawara HAVAL berlangsung. Peserta berpeluang untuk memenangi wang tunai RM500 disemua pusingan kelayakan dan RM4,000 di pertandingan akhir Final Dance Off.

Selain itu, aktiviti tambahan seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (Haval Kidz Colouring Contest), pertandingan foto dengan SUV Haval, dan persembahan badut bakal menghiburkan para pengunjung. Tambah Datuk Azli, semua dijemput untuk memeriahkan acara ini dan lokasinya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman Facebook atau laman mikro http://reimagine.haval.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply