ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Takut hilang punya pasal’, geng RXZ rayu bawa motosikal masuk bilik hotel

Tular

Views

Bolehlah kak, bolehlah, takut hilang.” Demikian kata segelintir penunggang yang merayu untuk membawa motosikal Yamaha RXZ ke dalam bilik di sebuah hotel dekat Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan pengusaha hotel, Muna Mikail Lim dalam hantaran di Facebook berhubung ragam penunggang motosikal ketika menghadiri RXZ Fighter Gathering di Kuantan, semalam.

Menurut Muna, pada mulanya, dia berasa hairan namun mula memahami perkara tersebut apabila menerima lebih daripada satu permintaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Antara ragam yang biasa kami terima, banyak yang minta nak bawa masuk ke dalam bilik. Kalau tak boleh, nak tumpang masuk dalam lobi pun jadilah.

“Apakan daya adik, memang tak boleh. Tempat akak ni bukannya ‘homestay‘ (inap desa),” katanya.

Sementara itu, ketika melihat kondisi kenderaan itu di ruang parkir, Muna mengakui bahawa motosikal tersebut dijaga dengan sangat baik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Salah satu gambar motosikal RXZ yang sempat akak ambik. Tuan dia memang pandai jaga barang. Berkilat macam baru keluar kilang. Tiada cacat langsung,”}” ujarnya.

Justeru, Muna berharap supaya semua penunggang motosikal Yamaha RX-Z berhati-hati di jalan raya dan mendoakan mereka agar selamat pergi dan pulang.

“Sayangilah juga orang tersayang dan diri sendiri macam awak sayangkan motosikal ini. Tolonglah jangan bawa laju-laju,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muna Mikail Lim dan Fadzli Kamal

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply