ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rancon Cars lancar Proton X90 di Bangladesh, labur RM 454 juta untuk CKD menjelang akhir 2024

Berita Global

Views

Pengeluar kereta nasional Proton bersama rakan niaga baharunya di Bangladesh, iaitu Rancon Cars Limited (Rancon Cars) baru-baru ini telah melancarkan model SUV hibrid premium, X90 di negara tersebut.

Semasa majlis pelancaran itu, Rancon Cars turut mengumumkan perancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan (CKD) model-model keluaran Proton di Bangladesh menjelang akhir tahun ini dengan pelaburan sebanyak US$100 (RM 454 juta).

Proton X90 di Bangladesh dilengkapi dengan sistem hibrid sederhana 48V bersama enjin 1.5-liter turbo yang menjana 190 PS dan 300 Nm daya kilas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia ditawarkan dengan dalam dua pilihan varian, iaitu Premium 7-tempat duduk dan Flagship 6-tempat duduk, yang masing-masing dijual pada harga Taka 4.59 juta (RM 198,081) dan Taka 4.90 juta (RM 211,344).

Kedua-dua varian ini akan dijual di bilik pameran Rancon di Dhaka dan Chattogram. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Rancon akan membangunkan rangkaian jualan dan selepas jualan serta melabur dalam kemudahan pembuatan kenderaan Proton di Bangladesh.

Ujar beliau, pihaknya menyasarkan untuk menjadi entiti penting dalam pasaran automotif Bangladesh dengan barisan produk masa depan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengarah Urusan Kumpulan Rancon Holdings Limited, Romo Rouf Chowdhury, pula berkata, pelaburan sebanyak AS$100 juta telah dibuat di taman perindustrian milik Rancon sendiri, dengan perancangan untuk memulakan program CKD kenderaan Proton menjelang akhir 2024, supaya harga jualannya dapat dikurangkan.

Selain itu, Rancon akan menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 150,000 km (yang mana terdahulu), bersama-sama dengan enam kali servis secara percuma.

Rancon juga turut memastikan perkhidmatan selepas jualan yang disahkan dan ketersediaan alat ganti tulen melalui pusat servisnya di Dhaka dan Chattogram. – The Daily Star

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Bangladesh – Rancon dan High Commission of Malaysia in Dhaka, Bangladesh

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply