ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi dan e-hailing diberi kebenaran untuk rentas daerah dan negeri – MOT

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi satu kenyataan media memaklumkan, perkhidmatan teksi dan kenderaan e-hailing di Semenanjung Malaysia diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (sekatan pergerakan penuh) bermula 1 Jun 2021.

Oleh yang demikian, ia dibenarkan untuk beroperasi antara daerah dan antara negeri hanya bagi tujuan membawa penumpang yang mempunyai kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana diperlukan.

Pemandu teksi boleh mendapatkan surat kelulusan melalui Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) menerusi pautan ini, manakala kelulusan bagi pemandu kenderaan e-hailing dikeluarkan oleh pengendali atau operator syarikat masing-masing.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Para penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing untuk perjalanan antara negeri atau daerah perlu mendapatkan kebenaran pergerakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walau bagaimanapun, bagi negeri Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana kedua-dua negeri dibenarkan untuk mencadangkan SOP mengikut keperluan negeri masing-masing serta mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan.

Oleh itu, terdapat perbezaan SOP tertentu di negeri Sabah dan Sarawak berbanding SOP yang dipraktikkan di seluruh negara. Ini selari dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) Pindaan 2021 yang berkuatkuasa 22 Jun 2021.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Susulan pindaan tersebut, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 Sabah telah mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas daerah meliputi Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang kepada perkhidmatan e-hailing dan teksi yang berdaftar dengan e-hailing mengikut SOP MKN tanpa memerlukan surat kebenaran rentas daerah daripada polis yang berkuatkuasa 23 Jun 2021.

Dalam masa sama, semua operator dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah serta Sarawak diingatkan supaya mematuhi SOP khusus yang berkaitan dengan negeri masing-masing. Ini merujuk kepada laporan pemandu e-hailing di Sabah yang telah dikenakan notis kompaun pada 12 Jun 2021 lalu kerana cuba membawa pekerja sektor perlu di dua sempadan daerah.

Kementerian Pengangkutan Malaysia akan terus memantau keadaan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan dan logistik serta mengesyorkan kepada MKN langkah-langkah bersesuaian dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply