ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan City baharu dibuka – Varian RS i-MMD bakal membuat debut global!

Berita Tempatan

Views

Yang dinanti kini hampir tiba! Honda Malaysia hari ini mengumumkan, tempahan untuk model serba baharu City kini dibuka di 101 pusat pengedar Honda seluruh negara. Generasi kelima City ini bakal ditawarkan dalam empat pilihan varian dan buat julung kalinya varian RS dengan intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) akan diperkenalkan secara global di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama, sejak diperkenalkan pada 2001, jualan terkumpul model ini mencecah 351,000 unit dengan model generasi keempatnya yang dilancarkan pada 2014 menyumbang lebih dari 205,000 unit. Ia sekali gus mengekalkan takhtanya dalam segmen-B.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Tambah beliau, pengenalan City RS dengan enjin baharu di Malaysia bakal menjadi debut global dan ia buat pertama kalinya diperkenalkan lebih awal berbanding negara lain. City RS dengan unit penjana i-MMD (atau e:HEV di pasaran global) mampu menjana 253Nm daya kilas, yang tertinggi dalam kelasnya dan prestasinya jauh lebih baik dari model segmen-C dan setanding dengan model segmen-D atau enjin berkapasiti 2.5 liter NA.

Selain itu, City serba baharu akan turut ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang merupakan enjin terbaharu dalam segmennya yang memberikan keseimbangan ideal dari segi prestasi dan kecekapan bahan bakar. City menampilkan lampu depan baharu jenis LED (varian RS dan V) dengan lampu siang LED (DRL) dan juga lampu belakang LED untuk gaya yang lebih mantap.

City RS pula dilengkapi dengan cermin sisi berwarna hitam bagi mencipta ekspresi dwitona, manakala rim aluminium 16 inci dengan kemasan dwitona turut ditawarkan pada varian RS dan V. Secara keseluruhan reka bentuk luaran pada varian City RS menampilkan reka bentuk canggih dan penampilan yang anggun.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

City serba baharu turut menampilkan ciri Honda LaneWatch (varian RS dan V) dan City RS menjadi yang pertama dalam segmennya yang memperkenalkan Brek Parkir Elektronik (EPB) yang boleh diaktifkan dengan hanya menarik butang sahaja.

Bersempena dengan inisiatif pengecualian cukai jualan PENJANA, Honda Malaysia akan menawarkan Baucar Servis bernilai RM1,000 di bawah Program Khas Tempahan Awal City serba baharu untuk pelanggan yang membuat tempahan model tersebut.

Pelanggan juga dijemput untuk turut serta dalam jerayawara seluruh negara yang bakal bermula dari 24 Ogos 2020 bagi menyaksikan pengenalan global City RS i-MMD. Layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut dan hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau kunjungi pengedar Honda berhampiran untuk menempah City serba baharu sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply