ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Info

Views

Mungkin ramai yang sudah tahu dengan kewujudan satu-satunya jentera rali Proton Putra WRC di planet bumi ini kan? Jangan bimbang kerana jentera rali legenda ini masih lagi tersimpan rapi di dalam garaj Proton Motorsports dan dalam keadaan baik. Mujurlah ia tidak dilelong sebagai sekerap di Pickles Asia Auctions seperti model Proton Wira Rally 4WD PERT yang pernah dipandu oleh Karamjit Singh bersama pembantunya Allen Oh.

Menurut laman Facebook rasmi Proton Motorsports, ada pelbagai versi cerita, khabar angin beserta foto-foto yang berlegar di internet mengenai kereta ini. Jentera rali ini dibina untuk memenuhi peraturan WRC yang diperkenalkan oleh badan induk sukan permotoran, FIA pada 1997 bagi menggantikan Group A. Peraturan baharu ini direka untuk menggalakkan lebih banyak lagi penyertaan dari kalangan pengeluar.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Pengeluar hanya perlu membina 2500 unit pengeluaran dalam apa jua varian untuk melayakkan mereka tanpa perlu melalui proses ‘homologasi khas’ yang memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contoh, Mitsubishi Evo dan Subaru WRX adalah antara model yang perlu menjalani proses tersebut.

Sebuah syarikat kejuruteraan termaju British yang tersohor, Prodrive telah dipertanggungjawabkan oleh Proton untuk membina jentera tersebut. Ia dihasilkan dari model produksi standard Proton Putra dengan menggunakan enjin standard 4G93 1.8 liter yang telah ditingkatkan kapasitinya kepada 2.0 liter yang siap dengan pengecas turbo bersama unit pengehad (restrictor) udara 34 mmm serta sistem anti-lahu untuk menjana sekitar 300 kuasa kuda!

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Putra WRC turut dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda, dipasang dengan kotak gear berturutan, susun atur sistem suspensi dan titik lampiran yang telah diubah suai, pengubahsuaian aerodinamik badan, pengurangan berat hingga mencapai berat minima 1230 kg dan casis yang diperkukuhkan supaya ia lebih tegar.

Lebar maksimumnya telah ditetapkan pada 1770 mm, manakala trek roda hadapan dan belakang pula tidak boleh melebihi 1,550 mm. Selain itu, Putra WRC turut dipasang dengan beberapa aksesori perlumbaan seperti sistem brek AP Racing, rim aloi O.Z Racing 18-inci, tayar rali Pirelli P-Zero serta menerima perubahan kosmetik pada bampar depan, liang udara pada bonet, corong udara pada bumbung depan dan spoiler belakang ala Subaru Impreza WRC.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Motorsports

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply