ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Berita Tempatan

Views

Laman lelongan kereta yang telah rosak atau bakal dilupuskan secara dalam talian, Pickles Asia Auctions menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi mereka petang tadi dengan mengumumkan Proton telah menarik balik 7 buah kereta yang bakal dilelong pada 23 Julai nanti.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Menurut Pickles Asia Auctions, antara kereta yang di’nyah’senarai itu dari senarai lelongan itu ialah dua unit kereta Lotus Elise yang dijana enjin prototaip Petronas E01e, sebuah Lotus Europa dan tiga buah kereta marshal untuk perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang yang turut dijana oleh enjin prototaip Petronas E01e seperti Proton Satria GTi, Putra dan Perdana.

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian

Selain itu model kereta konsep Satria Cabriolet 2000 berwarna ungu yang pernah dipamerkan semasa Frankfurt Motor Show 1997 juga ‘tidak jadi dilelong’ nanti. Kami tidak mengetahui apa puncanya Proton ‘berubah fikiran’ dan ia mungkin ada kaitan dengan warisan sejarah serta kos enjin prototaip Petronas E01e yang bernilai tinggi dan tidak wajar dilupuskan begitu sahaja seperti barang lusuh.

Mungkin pihak pengurusan Proton mendengar keluhan dari media-media permotoran tempatan yang rata-ratanya kecewa dan pelik dengan keputusan mereka sebelum ini. Boleh jadi juga ada rahsia teknologi tertentu yang tidak boleh terlepas ke tangan orang luar kerana harta intelek enjin Petronas E01 telah dijual kepada sebuah syarikat China, Nanjing Automobile pada tahun 2005, namun sehingga kini ia masih kekal sebagai prototaip sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif