ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Berita Tempatan

Views

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, sekali lagi laman lelongan kereta yang telah rosak atau bakal dilupuskan secara dalam talian, Pickles Asia Auctions mengumumkan sesi lelongan awam untuk beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton termasuk beberapa buah jentera Lotus.

Kali ini tiga unit kereta Lotus, sebuah Mini Moke, sebuah jentera rali Mitsubishi Lancer Evo VI, beberapa kereta konsep, EV dan RND Proton, termasuk sebuah motosikal akan mula dilelong pada hari Khamis, 23 Julai 2020 jam 12.00 tengah hari.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Anda semua dijemput untuk melihat sendiri kereta-kereta tersebut pada hari Rabu, 23 Julai 2020 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di gudang Pickles Auction, Jalan Klang Lama. Sebenarnya, agak menyedihkan apabila beberapa kereta yang mempunyai nilai sejarah ini akhirnya terpaksa dilelong sebagai barang lusuh.

Antaranya jentera rali Mitsubishi Lancer Evo VI milik pasukan Petronas EON Racing Team yang pernah dipandu oleh legenda rali negara, Karamjit Singh bersama pembantunya Allen Oh. Ada juga dua unit kereta Lotus Elise yang dijana enjin prototaip Petronas E01e, sebuah Lotus Europa dan sebuah Mini Moke.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Apa yang paling mencuri tumpuan kami adalah, dua buah kereta konsep Satria Cabriolet 2000 berwarna ungu dan emas yang pernah dipamerkan semasa Frankfurt Motor Show 1997 dan tiga buah kereta marshal untuk perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijana oleh enjin prototaip Petronas E01e seperti Proton Satria GTi, Putra dan Perdana.

Selain itu, beberapa buah kereta yang pernah dicipta oleh oleh kakitangan syarikat tersebut dan sebuah prototaip motosikal bernadikan enjin Proton Wira 1.5 liter yang mempunyai gear undur juga bakal dillelong. Motosikal tersebut merupakan hasil inovasi dan projek khas oleh pekerja kilang Proton Tanjung Malim yang pernah dipamerkan di Karnival Motorsports Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) pada tahun 2016.

Semua ini boleh dibida menerusi aplikasi secara dalam talian atau secara terus di gudang Pickles Auction pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut mengenai sesi lelongan ini, anda boleh menghubungi Pickles Auction di talian +6016-6999 170 atau melayari laman sesawang www.pickles.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pickles Asia Auctions

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply