ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Mitsubishi Triton generasi keenam kini dibuka – Lima varian, anggaran harga dari RM102,000

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini secara rasminya membuka tempahan untuk model trak pikap Mitsubishi Triton generasi keenam yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Triton serba baharu didatangkan dengan lima pilihan varian dan anggaran harga jualannya bermula dari RM102,000 untuk varian asas Triton Single Cab hingga RM170,000 untuk varian mercu, Triton Athlete.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, generasi keenam Triton serba baharu direka semula sepenuhnya dari bahagian luar dan dalam kepada casis, kerangka tangga dan juga enjin.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Antara ciri-ciri utama Triton serba baharu adalah seperti:

  • Penggayaan luaran dengan bahasa reka bentuk ‘Beast Mode‘ dengan rekaan kabin yang sporty menawarkan kefungsian dan kebolehkendalian yang sangat baik.
  • Enjin turbo dua peringkat 2.4 liter baharu yang mencapai output sehingga 204PS dan 470Nm daya kilas.
  • Triton serba baharu kini hadir dengan saiz badan yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Casis kerangka-mega yang baharu dibangunkan memberikan ketahanan dan keandalan.

  • Suspensi baharu dibangunkan memberikan keselesaan tunggangan dan kestabilan stereng yang sangat baik. Sistem Super Select 4WD-II dan mod 7-pemanduan pula telah dinaik taraf dan mencapai prestasi jalan raya yang lebih tinggi.
  • Triton serba baharu kini didatangkan dengan Kawalan Oleng Aktif dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
  • Keselesaan dalaman berinspirasikan SUV seperti dok pengecasan nirwayar, Apple Car Play & Android Auto, dan ruang penyimpanan serbaguna.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Triton Single Cab dikuasakan oleh enjin bersih dan cekap 2.4 liter yang menghamburkan ouput 184PS dan 430Nm daya kilas.

Varian ini juga memiliki dek kargo yang terbesar dalam segmennya, dengan lebar 2,340 mm dan panjang 1,580 mm.

500 pelanggan pertama yang membuat tempahan Triton serba baharu menerusi Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi akan menerima kotak storan boleh lipat 60 liter eksklusif bernilai RM450.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply