UMW Toyota Motor (UMWT) mula membuka tempahan untuk model kemaskini terbaharu bagi Toyota Hilux, Fortuner dan Innova, bermula sejak 22 Oktober 2021. Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran rasmi Toyota dan juga melalui Toyota Online Showroom.
Harga (tanpa insurans) bagi semua model baru berkenaan adalah seperti berikut:
- Toyota Hilux (5 varian) – dari RM92,880
- Toyota Fortuner (3 varian) – dari RM169,167
- Toyota Innova (3 varian) – dari RM115,553
Bagi Fortuner dan Innova, harga ditawarkan termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dan jualannya akan bermula pada Januari 2022.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Kesemua model berkenaan telah dikemaskini dan penambahbaikan dari aspek keselesaan dan kelengkapan, dengan enjin petrolnya ditala untuk menepati standard kawalan emisi yang menepati piawaian Euro4 pada 2022 nanti.
Toyota Hilux didatangkan dalam lima varian dan dijana dengan dua pilihan enjin turbodiesel empat-silinder, 2.4 liter dan 2.8 liter. Varian kabin berkembar, Hilux Rogue 2.8, 2.4 V dan 2.4 E dilengkapi transmisi automatik enam-kelajuan dan sistem 4×4.
Varian lain, Hilux Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4 pula dilengkapi dengan transmisi manual enam-kelajuan dan juga dengan sistem 4×4. Hilux 2.8 Rogue dan 2.4 V, turut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa jenis dwi zon.
Fortuner kini hadir dalam tiga varian iaitu Fortuner 2.8 VRZ, Fortuner 2.7 SRZ dan Fortuner 2.4. Bagi versi terkini, pendingin hawa depan Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ kini dinaik taraf kepada jenis dwi zon. Pad pengecas nirwayar pula kini standard untuk semua varian.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Slot USB belakang pada Fortuner 2.8 VRZ juga telah ditukar kepada jenis Type C. Enjin petrol 2.7 liternya juga ditala untuk menepati piawaian Euro4. Ia digandingkan bersama transmisi automatik enam-kelajuan dan juga sistem 4×4.
Innova pula ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Innova 2.0X, 2.0G dan 2.0E. Varian Innova 2.0X didatangkan dengan kerusi kapten saiz besar di bahagian tengah. Ia turut dipasang dengan pad pengecas nirwayar untuk semua varian.
Enjin petrol 2.0 liternya juga telah dipertingkat untuk memenuhi piawaian Euro4. Kesemua tiga model ini didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan bagi Fortuner dan Innova, dengan maksimum 150,000 km bagi Hilux (tertakluk terma dan syarat).
UMW Toyota Motor juga menawarkan pelbagai pelan pembiayaan, termasuk pelan langganan serta program pajakan dan pembiayaan bagi mereka yang membeli kenderaan untuk tujuan komersial. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau terus ke mana-mana bilik pameran sah Toyota di seluruh negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI