ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Myvi 2018 telah melebihi 20k unit, 4,500 unit telah diserahkan

Views

Permintaan untuk model generasi baharu Perodua Myvi mencatatkan satu lagi sejarah kerana setakat hari ini tempahannya telah melebihi 20,000 unit hanya dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Datuk Dr. Zahari Husin berkata, fokus mereka kini adalah untuk memastikan penghantaran model tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perodua mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Myvi sebagai kereta pilihan mereka. Model lain Perodua seperti Axia, Bezza dan Alza turut mendapat permintaan yang baik dengan tawaran eksklusif yang menawarkan rebat sehingga RM 2,000. Selain itu Perodua turut menggalakkan pelanggan untuk mengunjungi bilik pameran dan pusat servis Perodua yang berhampiran di seluruh negara menerusi kempen ‘Jom Singgah’.

Kempen yang menawarkan pelbagai promosi istimewa dan tawaran hebat ini bermula dari 8 hingg 10 Disember. Pelanggan dinasihatkan supaya bercakap dengan penasihat jualan dan servis yang bertauliah untuk mengetahui pelbagai tawaran terkini dan maklumat tepat mengenainya. Pandu uji Myvi 1.5 dan 1.3 serba baharu dan alami perbezaannya. Perodua telah berjaya menjual sebanyak 184,707 unit kenderaan pada 11 bulan pertama 2017.

Ia meningkat 1.2 peratus dari 182,485 unit pada tempoh yang sama tahun lalu. Perodua mempunyai 181 pusat jualan dan 214 pusat servis di seluruh negara. Kepada mereka yang akan membuat perjalanan jauh sempena cuti sekolah, Perodua mengucapkan selamat memandu dan kepada pelanggannya, sila datang dan kunjungi pusat servis untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik untuk mengharungi perjalanan yang jauh.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply