ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan pra-pelancaran Proton X70 2025 dibuka, kini dengan ketersambungan Android Auto dan AppleCarplay

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini membuka tempahan pra-pelancaran untuk model yang paling dinanti-nantikan, X70 2025. Versi yang dipertingkatkan bagi SUV pertama Proton ini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan serta prestasi yang lebih baik.

Hampir enam tahun selepas Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) diperkenalkan pada model SUV segmen-C premium, X70 2025 kini dilengkapi dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan untuk keselamatan dan kemudahan yang lebih baik.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ciri penting lain adalah unit paparan unit inforia bersaiz 12.3-inci yang disertakan bersama sistem ketersambungan Android Auto dan AppleCarplay.

Aplikasi Proton Link juga menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan secara kawalan jauh.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ruang kabin turut dikemas kini dengan tempat duduk balutan kulit Nappa berwarna kelabu batu dan lampu suasana berirama yang pelbagai warna. Maklumat tambahan akan didedahkan semasa pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Sama seperti X50 2024, X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa untuk pelanggan awal sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan terhadap kami.

Pelanggan yang berminat digalakkan untuk menghubungi penasihat jualan Proton atau mengunjungi bilik pameran 3S dan 4S Proton berhampiran untuk membuat tempahan dengan bayaran deposit RM500.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply