ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempoh diskaun saman JPJ dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju melanjutkan tempoh tawaran pengurangan pembayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) sehingga 31 Disember ini.

Utusan Online melaporkan, JPJ dalam satu kenyataan akhbar semalam memaklumkan, lanjutan tempoh pengurangan saman itu dibuat susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai sempena dengan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berakhir 12 Disember lalu.

Menurutnya, tawaran itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki hadir sendiri ke kaunter JPJ, bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum menikmati diskaun saman yang diberikan.

Kemudahan pembayaran saman ini adalah melibatkan semua Kaunter di Pejabat JPJ seluruh negara termasuk kios, Mobile JPJ, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Tambah kenyataan itu, urusan transaksi tersebut boleh dilakukan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hujung minggu) manakala bagi UTC, waktu pengoperasian adalah tertakluk kepada arahan MOF. Katanya, transaksi pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Jelasnya lagi, pelanjutan tempoh ini diharap dapat memberi lebih banyak peluang dan kemudahan kepada Keluarga Malaysia untuk menikmati tawaran pengurangan pembayaran saman yang lebih panjang tanpa perlu mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

Dalam pada itu, JPJ memaklumkan, pihaknya mengutip RM4,126,938 melalui 81,146 transaksi urus niaga pembayaran saman bermula 9 hingga 13 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 68,953 transaksi melibatkan saluran kaunter dan Mobile JPJ manakala selebihnya iaitu melibatkan 1,080 transaksi (kiosk) dan 11,113 transaksi secara dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply