ARKIB

KATEGORI

Buletin

MRT pertama Vietnam diboikot penduduk Hanoi sebab buat dengan China?

Berita Global

Views

Perkhidmatan transit aliran massa (MRT) pertama Vietnam, Hanoi Metro yang dilancarkan pada 6 November lalu dilaporkan tidak mendapat sambutan, malah diboikot rakyat kerana pembinaannya dilaksanakan dengan kerjasama China.

Menurut Utusan Online, media tempatan melaporkan, sejak bulan lalu perkhidmatan tersebut merekodkan kadar penumpang yang sedikit iaitu kira-kira 12,000 sehari atau bersamaan 60 penumpang bagi setiap satu perjalanan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Hanya lapan peratus penduduk di Hanoi menggunakan perkhidmatan tersebut sejak ia mula dilancarkan.

Laluan sepanjang 13 kilometer dengan 12 stesen dari utara Hanoi ke selatan Ha Dong mengambil masa perjalanan selama 24 minit dan mampu membawa satu juta penumpang setiap hari bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Keadaan itu mencetuskan kegusaran kepada pihak berkuasa Hanoi yang melihat projek itu sudah menelan belanja yang banyak, selain projek pembinaannya banyak kali tertangguh sebelum ini.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Projek pembinaan MRT itu menelan belanja sebanyak AS$552.8 juta (RM2.3 bilion) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan.

Dalam pada itu, perkhidmatan tersebut diboikot oleh rakyat negara ini kerana China menjadi penyumbang utama kepada pembinaannya.

Kebanyakan masyarakat berharap projek mega akan datang di negara ini tidak dilaksanakan dengan kerjasama China, sebaliknya memilih Jepun berdasarkan keupayaan tekonologinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VNExpress

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply