Polis menahan empat lelaki dan tiga wanita susulan kejadian merosakkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora di Felda Palong Tujuh di Jempol, Khamis lalu.
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan MPV miliknya ditendang dan cermin dipecahkan menggunakan batu bata oleh sekumpulan individu kira-kira jam 11.30.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Katanya rentetan itu, polis kemudian menahan tujuh suspek berusia usia 24 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu di sekitar Jempol, semalam.
Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berikutan mangsa terlanggar tayar motosikal seorang daripada suspek ketika berada di sebuah kuil di Ladang Geddes pada Khamis lalu.
Chang Hook berkata, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek membuat provokasi dengan mengekori dan kemudian bertindak menendang MPV dipandu mangsa.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Katanya, MPV itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah motosikal dinaiki suspek dan kerana tidak berpuas hati, mereka bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan batu bata.
Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1)(Memandu Secara Melulu dan Merbahaya ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI