ARKIB

KATEGORI

Tular

Terkena gangguan punca sebenar wanita bertindak terjun keluar dari Myvi

Tular

Views

Bukan pasangan bercinta bergaduh tetapi terkena gangguan. Itulah perkongsian seorang pemilik kereta Myvi yang tular didakwa bergaduh dengan kekasih sehingga menyebabkan wanita berkenaan nekad untuk terjun dari kereta.

K! ONLINE melaporkan, menerusi pengakuan yang dibuat melalui saluran Youtube Amirul Syakir semalam.

Dia turut menafikan yang mereka pasangan kekasih dan menjelaskan wanita tersebut terkena gangguan semasa dalam perjalanan untuk mencari barang.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, mereka hanyalah rakan sekerja dan pada ketika itu mereka keluar mencari barang-barang untuk membuat ‘content’.

Ketika itu rakannya telah terkena gangguan sehingga suaranya berubah semasa dia sedang memandu. Dia terpaksa menekan lampu isyarat kecemasan untuk menyelamatkan keadaan setelah rakannya menjerit meracau-racau.

Tambahnya lagi, ketika itu dia tidak sempat untuk menarik rakannya kerana ia berlaku terlalu pantas. Pada waktu itu pintu kereta telah terbuka dan rakannya hilang secara tiba-tiba.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Rupa-rupanya, rakannya itu terjatuh di seberang jalan dan selepas itu barulah dia menutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan, sebelum membuat pusingan-U untuk mencarinya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan klip video terbabit tanpa usul periksa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tentang kejadian pasangan yang didakwa sedang bergaduh dengan kekasih sehingga membuatkan wanita itu nekad untuk terjun dari kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply