ARKIB

KATEGORI

Buletin

TERKINI : Li Chunrong dilantik CEO Proton!

Views

KEMASKINI :

Kami baharu sahaja menerima email dari pihak DRB-HICOM Berhad yang merujuk kepada pelbagai laporan berita mengenai perubahan kakitangan utama di PROTON Holdings Berhad. DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group masih lagi dalam proses memuktamadkan butiran transaksi secara terperinci.

Keutamaan bagi kedua-dua pihak pada masa ini, sebagai sebahagian daripada Perjanjian Muktamad yang telah ditandatangani pada 23 Jun, adalah untuk merumuskan pelan perniagaan yang mantap bagi memastikan PROTON berada di kedudukan yang kukuh ketika ia memulakan era baru dalam industri otomotif.

Sebarang perkembangan penting dalam hal ini akan diumumkan kelak.

Ini berita yang pastinya bakal menjadi sensasi dan topik panas di kedai kopi! Sinar Harian melaporkan menerusi laman Facebook rasmi mereka, nama yang disebut-sebut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Proton yang baharu, Li Chunrong telah dilantik untuk memegang jawatan tersebut. Beliau yang merupakan orang baharu di Geely, sebelum ini merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co.

China Press yang memetik agensi berita China Xinhua melaporkan, jawatan CEO Proton baharu itu sudah hampir pasti milik Chunrong dan ia merupakan sebahagian strategi utama Pengerusi Geely, Li Shufu yang ingin memulihkan Proton dengan segera. Walaupun Chunrong, 53, mempunyai pengalaman luas dalam sektor automotif, namun beliau dianggap masih belum cukup arif untuk menguruskan operasi pemasaran kereta terutama di peringkat global.

Berita telah dikemaskini jam 6.16 petang – 08/09/2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply