ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely GC9 dipilih sebagai kenderaan rasmi diplomatik China

Views

Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China bakal menggunakan sebanyak 50 unit  Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya di China. Kereta-kereta tersebut turut akan digunakan ketika kunjungan rasmi dan untuk menjemput tetamu negara, diplomat, dan tetamu kenamaan ke China.

Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Ketua Pengarah Yuan Weimin serta Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto, An Conghui sebagai wakil organisasi masing-masing. Duta Besar Uruguay ke China, Duta Estonia ke China, dan wakil-wakil kedutaan yang lain yang akan menggunakan sedan Geely GC9 baharu tersebut turut hadir di majlis penyerahan itu.

Sejak 2012, kerajaan China telah membuat beberapa siri pembaharuan bagi polisi kereta rasmi dan mempromosikan secara aktif penggunaan jenama China untuk kegunaan rasmi. Pada 20 Mac 2015, 20 kenderaan diplomatik rasmi Geely GC9 yang pertama telah diserahkan, menandakan pencapaian utama bagi promosi jenama automotif China.

Sejak memasuki pasaran dua tahun lalu  lebih daripada 110,000 unit telah pun terjual. Model ini juga telah mengubah persepsi “Buatan China” setelah dipilih sebagai kereta rasmi untuk pelbagai acara antarabangsa yang diadakan di China seperti G20 Hangzhou pada September 2017 . Geely GC9 adalah sedan keluaran pertama dalam barisan produk generasi 3.0 mereka dengan menampilkan reka bentuknya menggabungkan estetika global dengan elemen-elemen budaya dan sejarah China.

Geely GC9 dilengkapi dengan sistem pintar premium, keselamatan, dan sistem hiburan yang memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, sambil memberikan ketenangan fikiran dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Ia turut dilengkapi dengan teknologi pemanduan terbaharu dari Geely iNTEC. Bagi model tahun 2018, Geely GC9 telah menerima perubahan besar, pengendalian yang lebih baik, enjin baharu, dan prestasi NVH yang optimum.

Duta Uruguay ke China Fernando Lugris berkata reka bentuk Geely GC9 dengan ruang dalaman yang luas, dan teknologi pemanduan pintar merupakan contoh yang baik dalam kekuatan dan gaya pembuatan automotif di China. Sejak bertapak dalam industri automotif selama lebih 20 tahun, Geely Auto sentiasa komited terhadap dasar membangun melalui teknologi dan inovasi sejajar dengan kehendak pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply