ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terokai masa depan mobiliti luar biasa di jerayawara ‘Leapmotor C10 Experience Roadshow’

Berita Tempatan

Views

SUV elektrik serba baharu yang telah dilancarkan oleh Stellantis Malaysia baru-baru ini, iaitu Leapmotor C10 bakal membuat penampilan umum di seluruh negara di jerayawara ‘Leapmotor C10 Experience Roadshow‘.

Berikut adalah senarai lokasi C10 Experience Roadshow :

LokasiNegeriTarikh
Publika, Blue Zone Kuala Lumpur 8 – 10 November 2024
Pavilion Bukit Jalil, Orange Zone Kuala Lumpur 15 – 17 November 2024

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Para pengunjung boleh meneroka teknologi inovatif Leapmotor C10 secara langsung, termasuk ciri-ciri unik yang menjuruskan kepada keselesaan, kecerdasan, dan keluasan.

Di Publika, sebuah Play Cabin khas akan menghiburkan kanak-kanak, sementara ibu bapa dapat merasai ruang dalaman kereta yang mesra kanak-kanak.

Selain itu, pengunjung boleh mengalami pengalaman Realiti Maya (VR) untuk menjelajahi Leapmotor C10 dengan lebih terperinci.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

C10 Experience Roadshow juga menyediakan peluang kepada semua pengunjung yang berminat untuk memandu uji Leapmotor C10 bagi merasai sendiri prestasi dan ciri-ciri canggihnya.

Dikuasakan oleh cip Qualcomm® Snapdragon™ 8155 dengan pengoptimuman pemanduan oleh Maserati, Leapmotor C10 menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan intuitif.

Peserta pandu uji akan menerima barangan eksklusif Leapmotor, manakala pengunjung boleh ‘menebus beg tote’ berjenama Leapmotor bersama ‘set pin enamel’ edisi terhad Leapmotor.

Bakal pelanggan yang berminat boleh memanfaatkan tawaran masa terhad dengan membuat tempahan untuk Leapmotor C10 di jerayawara ini sebelum 30 November 2024 untuk menikmati harga pengenalan RM149,000 di atas jalan tanpa insurans (jimat RM10,000 daripada harga asal RM159,000).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply